Menurut Reuters, dua sumber agensi itu berkata Grab dalam perbincangan dengan Altimeter Capital Management dari Silicon Valley tetapi Grab juga dikatakan sedang berbincang dengan beberapa syarikat lain.
Grab yang kini berpengkalan di Singapura dikatakan menjadi syarikat "start-up" Asia tenggara yang paling bernilai - melebihi US$ 16 bilion.
Pengasas Grab, Anthony Tan adalah dari keluarga Tan Chong di Malaysia dan beliau memulakan konsep e-hailing itu dengan MyTeksi, sebelum ditukar kepada Grab untuk menjadi pesaing kepada Uber Malaysia.
Grab berpindah ke Singapura atas permintaan pelaburnya setelah gagal mencari pelabur di dalam negara sendiri.
* Laporan penuh di Reuters.