Grab mengumumkan fungsi terbaharu bagi menambah baik tahap keselamatan penumpang mereka iaitu Fungsi Pengesahan Identiti Penumpang.
Menggunakan ciri imbasan wajah, pengguna boleh mengesahkan identiti mereka pada aplikasi Grab melalui tangkapan gambar selfie secara langsung.
Ia merupakan sebahagian daripada usaha keselamatan jangka panjang Grab bersama Kementerian Pengangkutan Malaysia dalam usaha untuk mengurangkan kadar jenayah yang sering kali berlaku pada pengguna perkhidmatan seru-pandu.
Grab menjamin tiada sebarang manipulasi data peribadi kerana ciri ini dilindungi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia (PDPA).
Gambar yang telah diambil tidak akan dipaparkan sebagai gambar profil atau dikongsi dengan mana-mana pihak ketiga.
Grab akan memperkemaskan lagi proses pengesahan wajah ini dalam masa terdekat dan berharap ia mampu meningkatkan perlindungan kepada pemandu dan pengguna daripada sebarang insiden jenayah.
Sumber: Amanz