Russell menggantikan Lewis Hamilton yang positif Covid-19 selepas perlumbaan Bahrain.
Menurut ketua pasukan, Toto Wolff, mereka sedar akan masalah itu apabila Bottas tidak menerima tayar hadapannya.
Pelumba itu menunggu selama 27 saat di pit untuk menukar kepada tayar-tayar baharu tetapi kerana kekalutan itu, Bottas terpaksa menggunakan tayar hadapan yang sama untuk meneruskan perlumbaan.
Steward perlumbaan berkata kesilapan itu tidak pernah berlaku di dalam Formula 1.
Walaupun mempunyai masalah tayar yang tidak sesuai, Russell berjaya mengejar Sergio Perez dan berada di tempat kedua untuk seketika sebelum mengalami masalah pancit, yang menyebabkan Russell terpaksa masuk pit kembali.
Russell menghabiskan perlumbaan di petak kesembilan sementara Bottas berada di petak kelapan. Kedua-dua pelumba dibenarkan menyimpan mata masing-masing selepas pasukan itu dikenakan penalti.
Dalam temuramah bersama media, Wolff tanpa segan silu berkata ia adalah satu kesilapan besar dari pasukan beliau tetapi bersetuju selain dari itu, pasukannya masih cemerlang.