Hamawangsa lancar trak pikap ala Raptor Sutton CS3500 - RM780,888

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Trak pikap yang menjadi bualan ramai bulan lalu kini dilancarkan secara rasmi oleh Hamawangsa, wakil pemasang dan pengedar rasmi Sutton di Malaysia.

Trak yang dipasang di Gurun ini menggunakan enjin 3.5L twin turbo V6 dengan 24 injap DOHC, menghasilkan 450 hp dan 691 Nm. 

Jika ini tidak mencukupi, anda boleh membeli pakej Monster Intercooler opsyenel dari Sutton untuk meningkatkan lagi prestasi kepada 520hp dan 827 Nm.

Launch event

 

Transmisi ialah 10-kelajuan automatik dari err.. Ford.

Sistem gantungan ialah apa yang menarik kerana sama seperti Ford Ranger Raptor, Sutton ini menggunakan Fox Racing Shox yang membenarkan roda hadapan bergerak ke atas dan ke bawah sejauh 13-inci dan roda belakang pula sejauh 14-inci.

 

Sangat sesuai untuk anda lakukan lompatan tinggi, walaupun kami kurang pasti di mana anda boleh lakukannya.

 

Ia menggunakan roda aloi 17-inci jenis aluminium, dibalut dengan tayar BF Goodrich All Terrain T/A KO2 bersaiz 315/70 R17.

 

Apa yang lebih menarik ialah Hamawangsa akan mengeksport model Sutton CS3500 ini ke negara-negara Asean.

 

Menurut Hamawangsa, mereka sudah mengintai pasaran Indonesia dan Thailand, dua potensi terbaik untuk trak pikap yang sudah ditukar kepada panduan sebelah kanan (LHD).

 

Varian asal Sutton CS3500 ini, iaitu Ford F150 Raptor tidak mempunyai varian panduan sebelah kanan.

 

Sutton, sebuah syarikat dari UK menggunakan kepakaran kejuruteraan mereka untuk menghasilkan komponen-komponen yang mengikut spesifikasi dan homologasi wajib bagi trak pikap ini.

 

Bahagian dashboard dan “firewall” untuk Sutton CS3500 ini dibina sendiri oleh Sutton dengan menggunakan komponen asas dari Ford sebagai panduan.

 

Kerana itu, ia dibenarkan dijual di Malaysia dan juga di negara-negara lain. Pasaran utama luar dari UK untuk Sutton sebenarnya ialah Australia.

 

Menurut Clive Sutton, pengasas dan pemilik syarikat Sutton Cars, beliau menganggarkan dalam 2,000 ke 3,000 unit trak ini terjual di Asia.

 

“Ford menjual sejuta unit trak F150 setahun di US dan Kanada. Kami percaya di Asean, dalam 200 ke 300 unit boleh dijual”, ujar Sutton.

 

Hamawangsa juga akan membina varian panduan sebelah kiri (LHD) untuk pasaran Asean seperti Philippines dan Vietnam.

 

Dalam masa terdekat, Hamwangsa juga akan memasang varian diesel untuk trak pikap ini dengan mengvgunakan enjin Ford Power Stroke 3.0L turbo diesel yang mampu memberikan perjalanan lebih dari 800 km dari setangki bahanapi.

 

Trak pikap mewah ini akan dibina selepas tempahan dilakukan (build to order) dan anda perlu menunggu dalam tempoh enam bulan untuk menerima trak idaman anda.

 

Sutton Monster Truck CS3500 hadir lengkap dengan jaminan tiga tahun atau 60,000 km oleh Nazamax.

 

Hamawangsa juga menyediakan pelbagai aksesori tambahan untuk anda pilih - dari komponen carbon-fibre kepada lampu-lampu sorot tambahan jenis LED.

 

Harga CS 3500 ini ialah RM780,888, termasuk cukai jalan (RM2,440) dan fi pendaftaran, tetapi tidak termasuk insuran.

 

Untuk info lanjut, hubungi Hamawangsa di 03-7733 1666

 

 

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Nampak serupa, dan memang ia sama. Namun begitu, kerana jenama asalnya dipegang oleh syarikat lain…