Dari jumlah itu, kira-kira 296,000 buah kenderaan dapat dihindarkan dari berada di atas jalan raya untuk memastikan keselamatan awam terjaga.
Perjumpaan CITA itu dihadiri oleh 30 ahli yang mewakili 11 negara, termasuk Puspakom dan ia bertujuan untuk menekankan kepentingan usaha kolaboratif dalam menangani cabaran keselamatan jalan raya dan pelepasan asap dalam skala global.
Menurut Presiden CITA, Gerhard Müller, sektor automotif yang berkembang pesat di rantau Asia dan Australasia memainkan peranan penting dlam membentuk masa depan pengangkutan.
Puspakom juga berkata bahawa bantuan dari CITA membolehkan operasi pemeriksaan kenderaan dilakukan dengan lebih cekap, teliti dan pantas.
"Purata masa pemeriksaan kenderaan dapat dikurangkan kepada 37 minit, berbanding 60 minit direkodkan beberapa tahun lalu," terang Mahmood.
Beliau juga percaya teknologi dan Kecerdasan Buatan yang semakin digunakan secara meluas mampu meningkatkan prestasi tersebut tanpa menjejaskan kualiti pemeriksaan.