Harga jualan SST - Mercedes-Benz Malaysia umum senarai harga terkini

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz Malaysia mengumumkan senarai terkini harga jualan bersempena dengan pelaksaaan SST bagi kenderaan yang dijual secara rasmi bermula pada 1 September 2018.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Senarai harga terkini menyaksikan beberapa model terkini yang baharu sahaja dilancarkan oleh pihak Mercedes-Benz seperti keluarga S-Class, serta beberapa buah kereta di bawah Mercedes-Benz Dream Cars serta beberapa model yang telah dihentikan pengeluaran seperti GLE 250 d dan GLE 400 4MATIC. 

 


Serentak dengan itu, Mercedes-Benz juga turut melancarkan beberapa kemaskini terhadap SUV terlaris mereka iaitu GLC 200 dan GLC 250 4MATIC yang kini dilengkapi dengan ciri Bantuan Titik Buta (Blind Spot Assist). 

Manakala ciri khusus buat GLC 250 4MATIC pula ialah Bantuan Pengekalan Laluan (Lane Keeping Assist) yang memberikan amaran menerusi getaran pada stereng kenderaan sekiranya pemandu tersasar daripada laluan sebenar. 
 


Mercedes-Benz juga mendatangkan kemaskini kepada model CLA 200 dan GLA 200 dengan pengenalan versi Night Edition bagi menggantikan varian CLA 200 AMG Line dan GLA 200 Urban Line. 

Pakej Night Edition merangkumi kit luaran AMG Line, sementara model CLA 200 menerima rim aloi bersaiz 18 inci manakala model GLA 200 pula hadir dengan rim aloi bersaiz 19 inci kemasan berwarna hitam. 

Bahagian dalaman pula menampilkan kemasan trim ala gentian karbon pada bahagian papan pemuka dengan jahitan berwarna putih, tempat duduk kulit Artico, serta tali pinggang keledar berjalur putih. 

Tiada sebarang perubahan pada nadi kuasa, bermakna kedua-dua model masih mengguna pakai enjin 1.6 liter turbo yang menghasilkan 154 kuasa kuda dan daya kilas 250 Nm sebelum kuasa tersebut disalurkan ke roda menerusi transmisi 7G-DCT. 

Berikut merupakan senarai harga kemaskini bagi kesemua model Mercedes-Benz termasuk SST.
 

 

Model

Harga sebelum + GST

Harga baharu + SST

A 200 AMG Line

RM208,888.00

TBA

A 250 Sport

RM248,888.00

TBA

AMG A 45 4 MATIC

RM348.888.00

TBA

CLA 200 Night Edition

RM239,888.00

RM242,888.00

CLA 45 4MATIC

RM408,888.00

RM415,888.00

GLA 200 Night Edition

RM242,888.00

RM244,888.00

GLA 250 4MATIC AMG Line

RM272,888.00

RM274,888.00

AMG GLA 45 4MATIC

RM411,888.00

RM413,888.00

C 180 Avantgarde

RM228,888.00

TBA

C 200 AMG Line

RM254,888.00

TBA

C 250 AMG Line

RM287,888.00

TBA

C 350 E AMG Line EQ Power

RM299,888.00

TBA

AMG C 43 4MATIC

RM408,888.00

TBA

C 200 Coupe AMG Line

RM310,888.00

TBA

C 250 Coupe AMG Line

RM390,888.00

TBA

C 300 Cabriolet AMG Line

RM443,888.00

TBA

GLC 200

RM292,888.00

RM293,888.00

GLC 250 4MATIC

RM329,888.00

RM333.888.00

AMG GLC 43 4MATIC

RM468,888.00

RM465,888.00

GLC 250 Coupe AMG Line

RM439,888.00

RM445,888.00

AMG GLC 43 Coupe 4MATIC

RM596,888.00

RM612,888.00

E 200 Avantgarde

RM378,888.00

RM328,888.00

E 250 Avantgarde

RM378,888.00

RM362,888.00

E 250 Exclusive Line

RM378,888.00

RM370,888.00

E 300 AMG Line

N/A

TBA

AMG E 63 S

RM1,035,888.00

RM1,068,888.00

E 200 Coupe AMG Line

RM438,888.00

RM448,888.00

E 300 Coupe AMG Line

RM499,888.00

RM508,888.00

E 300 Cabriolet

N/A

RM590,888.00

GLE 400 Coupe

RM675,888.00

RM641,888.00

AMG GLE 43 Coupe 4MATIC

RM709,888.00

RM714,888.00

AMG GLE 43 Coupe Orange Art

RM718,888.00

RM723,888.00

S 450L AMG Line

N/A

TBA

S 560 Maybach

N/A

RM1,408,888.00

GLS 400 4MATIC AMG Line

RM1,034,888.00

RM999,888.00

SLC 200

RM398,888.00

RM406,888.00

SLC 300 AMG Line

RM468,888.00

RM442,888.00

AMG SLC 43

RM570,888.00

RM579,888.00

CLS 450 Coupe

N/A

RM698,888.00

AMG CLS 45 Coupe

N/A

RM878,888.00

AMG S 63 Coupe Facelift

N/A

RM1,548,888.00

S 560 Cabriolet

N/A

RM1,405,888.00

AMG GT S

RM1,125,888.00

RM1,135,888.00

AMG GT C

N/A

RM1,495,888.00

AMG GT R

RM1,683,888.00

RM1,695,888.00

AMG G 63

RM1,178,888.00

TBA

V 220 d AMG Line (6 penumpang)

RM458,888.00

RM462,888.00

V 220 d AMG Line (7 penumpang)

RM460,888.00

RM464,888.00

N/A – Tidak berkaitan
TBA – akan diumumkan kelak

Berita Berkenaan

Berita Global
   Juga baharu fungsi transparent bonnet yang memaparkan pandangan maya pada bahagian bawah depan…
Berita Global
Menurut Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan A.S. pada hari Rabu lalu, Mercedes Benz…
Berita Domestik
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Jalan Sungai Penchala 12, Kampung Sungai…