Harga tiket ke Marikh RM428,500 (perjalanan sehala) - Elon Musk

oleh SALINA JALIL|
Pemilik syarikat Tesla dan Space X, Elon Musk mendedahkan harga tiket bagi pengembaraan ke planet Marikh akan bermula sekitar AS$100,000 (RM428,500), lapor akhbar Daily Star UK semalam.
AION MREC Banner Campaign May 2024

 

Musk  memerlukan sebuah kawasan khas di Marikh untuk membina penempatan manusia yang mampu bertahan.Beliau juga perlu menerima hakikat bahawa peratusan orang yang mahu pergi ke Planet Merah itu dan tinggal di sana adalah amat sedikit.

 

Beliau memaklumkan mahu membina koloni manusia di Marikh menjelang 2050.

 

“Kami mahu menyediakan koloni penempatan ini untuk sesiapa sahaja yang ingin pergi ke Marikh.

 

“Namun perlu diingat, meskipun pengembara Marikh membayar harga tiket mahal untuk ke sana, mereka tidak boleh mengharapkan lokasi penempatan itu mewah kerana ia tidak akan dibina begitu,” tegas Musk.

 

Membina bandar pertama di Marikh akan menjadi berbahaya, sempit, sukar dan disertai dengan kerja keras.

 

Musk juga mengatakan bahawa sesiapa yang mengambil keputusan untuk ke Marikh perlu bersedia dengan kemungkinan bahawa mereka mungkin tidak akan kembali ke Bumi.

 

“Bandar itu tidak akan menjadi milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mahupun SpaceX tetapi akan menjadi hak milik penduduk Marikh.

 

mars

– Agensi

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, pembuat kereta elektrik itu telah memanggil semula beberapa kakitangan yang diberhentikan…
Berita Global
Menurut laporan Electrek, pekerja di pembuat kereta itu menerima e-mel pada hujung minggu sebagai…
Berita Global
Nampaknya Musk terpaksa membuat pusingan U untuk Tesla di China kerana syarikat beliau telah…