Honda anjur kelas ajar anak muda guna transmisi manual

oleh Mohamad Hanif|
Transmisi manual sudah semakin jarang ditawarkan oleh pengeluar kenderaan. Sama ada ia terhad kepada model yang berprestasi tinggi seperti Honda Civic Type R ataupun kereta rakyat seperti Axia mahupun Saga yang boleh didapati menerusi varian terendah.

Sekolah memandu kini sudah menawarkan pilihan untuk belajar memandu menggunakan transmisi auto ataupun manual. Jadi, tidak ramai yang mahu menggunakan transmisi manual, apatah lagi kebanjiran model terkini yang rata-rata menggunakan transmisi automatik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Memandangkan semakin kurang peluang untuk mempelajari pemanduan dengan transmisi manual, Honda USA mengambil peluang dengan mengadakan kelas insentif khusus yang dikenali dengan nama "Shifting Gears" kepada mereka yang berminat untuk mempelajari transmisi manual.



 

Program "Shifting Gears" ini bertujuan untuk menarik minat anak muda bagi mempelajari transmisi manual dan mengawal kenderaan dengan lebih berkesan melalui beberapa siri kelas yang diadakan.


Menariknya, selain daripada kereta baharu seperti Honda HR-V, Honda Fit dan Honda Accord, Honda USA turut menyediakan kereta yang ikonik seperti Honda Civic CVCC, Honda Prelude Type SH dan sebuah model sport S2000. 
 

Menerusi kelas khas ini, pemandu akan diajar bagi mengendalikan kereta manual di kawasan yang berkelajuan rendah bagi mereka yang kurang berpengalaman atau pertama kali memandu sebuah kereta manual.



 

Bagi mereka yang sudah arif, mereka akan diberikan lesen untuk memandu di lebuh raya Angeles Crest dengan pengawasan dari pihak penganjur. 


Honda turut menyediakan sebuah video khas bagi menerangkan cara untuk memandu sebuah kereta manual yang boleh dilihat menerusi video di bawah ini.

 



Kami di Careta mengalu-alukan kepada mana-mana pihak yang sudi menganjurkan program sedemikian kepada masyarakat supaya mereka boleh merasai dan menghargai sendiri keseronokan memandu transmisi manual ini. 

Sumber: Honda

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…
Berita Global
  Nampaknya trend penurunan harga kenderaan elektrik (EV) bukan lagi terpencil. Semasa…