HONDA CITY 1.5L e:HEV RS - Sedan segmen-B yang lebih dari cukup

oleh Firdaus Razani|
Jika anda sedang mencari sebuah kereta sedan yang praktikal, lebih jimat minyak, tidak terlalu besar, mungkin model Honda ini boleh dijadikan salah satu model yang boleh diketengahkan, iaitu Honda City 1.5L e:HEV RS.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ya, jika ada perkataan “e:HEV” di mana-mana nama model Honda, ia merupakan sebuah model yang menggunakan trenkuasa hibrid dimana ia menggabungkan motor elektrik dan enjin petrol.

 

rs

 

Maka dengan tenaga hibrid tersebut, ia menjadi sebuah kereta yang lebih jimat minyak, kerana ia mampu bergerak sehingga 600km lebih jarak perjalanan dengan gabungan dua kuasa tersebut.

 

rs

 

Jadi, tidak perlu risau mengenai penggunaan di dalam bandar, ia sebaiknya mengaktifkan motor elektriknya sebagai tenaga utama supaya penggunaan petrol untuk enjin dapat dijimatkan.

Maka dengan perkara tersebut, ia mampu beri lebih jarak perjalanan yang lebih jauh.

 

rs

 

Enjin hibrid 1.5 liter e:HEV ini memberi kuasa output sehingga 109PS dan tork sebanyak 253Nm, jadinya, ia memberi kelebihan kepada sedan segmen-B.

Varian City hibrid ini berbeza dengan varian 1.5 liter i-VTEC DOHC dari segi trenkuasa terutamanya, i-VTEC hanya menggunakan satu trenkuasa iaitu enjin petrol, dan mempunya lebih kuasa iaitu sebanyak 120PS.

 

rs

 

Namun prestasi enjin hibrid City ini juga menunjukkan prestasi yang baik dari sisi lainnya, Honda telah berjaya menghasilkan sebuah kereta sedan segmen-B yang praktikal dan selesa.

 

rs

 

Sebagai seorang anak muda, Honda City ini menjadi salah satu “wishlist” kerana hanya bukan dengan reka bentuk yang sememangnya menarik, tetapi praktikaliti dan keselesaan yang ditampilkan.

 

rs

 

Jadinya, untuk penggunaan jangka panjang, sedan ini sudah menjadi lebih daripada cukup, keselesaan pada ruang pemandu dan penumpang depan serta belakang telah menjadi ‘keypoint’ untuk pemandu berketinggian 180cm.

 

rs

 

Semasa pandu Honda City ini, ia memberi pengalaman pemanduan yang lebih yakin dengan kawalan kenderaan yang lebih mantap dan jitu.

Selain itu, features seperti Apple Carplay semestinya menjadi sebuah kepentingan dalam setiap kereta buat masa kini, ia merupakan akses interaktif yang lebih mudah kepada pengguna melalui infotainmen.

 

rs

 

Tambahan itu, ruang kargo yang luas juga menambahkan lagi nilai praktikaliti supaya jika ada apa-apa keperluan yang lebih, ia amat-amat sesuai terutama sekali barangan bersaiz besar.

 

rs

 

Jadi, apa lagi yang diperlukan untuk sebuah sedan segmen-B? keypoint utama untuk memiliki sebuah kereta sudah mencukupi seperti jimat minyak, prestasi mantap dan praktikaliti selesa.

Sebab itu, penulis mengelarkannya ia sebuah kereta sedan ekonomi yang lebih daripada cukup dan tidak hairan ia menjadi salah satu model terlaris dalam pasaran dalam kelasnya sendiri.

 

rs

 

Honda City 1.5L e:HEV RS merupakan varian tertinggi di dalam barisan model CITY, ia dijual dengan tanda harga bermula dari RM111,900.

 

rs

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ianya ditawarkan dengan 2 pilihan enjin iaitu 3NR-VE 1.2 liter 4 silinder khusus untuk pasaran…