Honda Civic Type R facelift dikesan - rekaan bumper baharu, spoiler lebih kecil

oleh Mohamad Hanif|
Sudah hampir dua tahun berlalu sejak pengenalan model Honda Civic Type R ke dalam pasaran dan kini Honda sedang mempersiapkan versi facelift untuk model tersebut dengan kehadiran dua unit kereta merah dan putih.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi gambar intipan yang diperoleh dari Eropah, ia masih merupakan sebuah Honda Civic Type R berdasarkan balutan pelekat penyamaran pada bahagian bumper hadapan yang masih sama. 


Jika dilihat dengan lebih dekat, bahagian ruang bukaan udara telah direka semula dan beberapa perubahan kecil yang lebih cenderung kepada stail. 

Kereta ujian berwarna merah menampakkan spoiler belakang yang kini lebih kecil jika dibandingkan dengan model terkini. 

 


Manakala bahagian belakang pada kereta putih pula menampilkan bumper yang turut diubah dengan elemen melintang pada liang udara palsu. 

Tiada sebarang maklumat berkenaan perubahan pada bahagian kabin dan enjin, jadi adalah selamat untuk kita katakan Honda masih mengekalkan penggunaan enjin K20C yang mampu menghamburkan 310 PS serta daya kilas sebesar 400 Nm sebelum disalurkan ke roda hadapan menerusi transmisi manual enam kelajuan. 

Resipi Honda ketika ini amat berjaya sehingga mampu menawan dan memecahkan beberapa rekod terpantas di litar Nurburgring, Spa-Francorchamps, Silverstone dan juga Circuit de Nevers Magny-Cours di Perancis. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menariknya, biarpun Honda Civic Type R mempunyai tetapan casis dan suspensi yang lebih sporti…
Berita Global
Ketepikan mitos itu sebab penulis sendiri tidak mempunyai sebuah Honda dan telah pun melangsungkan…
Berita Global
Honda Civic Type R 2023 (FL5) dikatakan berjaya mencatatkan rekod terpantas di Nurburgring…