Honda menukar kawalan DCT pada julat kelajuan tersebut. Di peringkat antarabangsa, kira-kira separuh daripada pelanggan Africa Twin memilih transmisi DCT (kenal baré).
Satu lagi perubahan ialah penggunaan skrin depan DURABIO™ yang merupakan resin polikarbonat berasaskan bio dan mesra alam sekitar.
Penggunaan bahan itu yang pertama seumpamanya di dunia untuk skrin depan motosikal.
Ciri-ciri Honda CRF1100L Africa Twin (s):
- Tayar tanpa tiub baharu
- Skrin dengan lima larasan dan bentuk reraut baharu bagi meningkatkan keselesaan dan prestasi kalis angin
- Satu pilihan warna; Grand Prix Red untuk imej off road
Ciri-ciri Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES:
- Rim depan 19 inci baharu yang merendahkan pusat graviti, meningkatkan kendalian dan keselesaan semasa tunggangan jarak jauh
- Bentuk reraut bahagian atas tengah ditukar bagi mengawal aliran angin dari depan dan mengurangkan keletihan yang berpunca dari angin
- Satu pilihan warna; Pearl Glare White untuk imej sporti
Ciri-ciri persamaan Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES dan Africa Twin (s):
- Enjin SD13E, 1,082 cc, OHC (Unicam), 2 silinder sebaris
- Pilihan transmisi 6 kelajuan manual atau 6 kelajuan DCT
- 102 ps @ 7,5000 rpm, 112Nm @ 5,500 rpm
- Lebar 960 mm
Ciri-ciri perbezaan Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES dan Africa Twin (s):
- Panjang: 2,305 mm (2,330 mm)
- Tinggi: 1,475 mm (1,485)
- Skrin tertinggi: 1,530 mm (1,540 mm)
- Jarak roda: 1,570 mm (1,575 mm)
- Jarak kelegaan bumi: 220 mm (250 mm)
- Tinggi pelana: 840/820 mm (870/850 mm)
- Kapasiti tangki: 24l (28l)
- Berat: 243 kg (231 kg)
- Tayar depan: 110/80R19M/C 59V (90/90-21M/C 54H)
- Tayar belakang: 150/70R18M/C 70H (150/70R18M/C 70H)
Varian dan harga Honda CRF1100L Africa Twin 2024:
- CRF1100L Africa Twin (s): 1,639,000 yen (RM51,643)
- CRF1100L Africa Twin DCT (s): 1,749,000 yen (RM55,106)
- CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES: 1,947,000 yen (RM61,342)
- CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES DCT: 2,057,000 yen (RM64,807)
Penulis: Muhammad Md Tajudin