Honda dedah teaser rasmi Civic Type R 2022

oleh Mohamad Hanif|
Honda nampaknya tidak begitu sabar mahu menunjukkan senjata baharu mereka - Civic Type R dan serentak dengan itu dua keping gambar teaser telah dimuatnaik menerusi laman Facebook Honda Motor Co. Jepun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan kapsyen, Honda bakal menguji prestasi jentera Civic Type R 2022 ini di Litar Nurburgring (mana lagi kan?) untuk ujian tambahan sebelum boleh dilepaskan kepada umum.

Daripada gambar yang dibekalkan, meskipun ia masih sarat dengan pelekat samaran, anda boleh melihat kelibat angkup brek berwarna merah berjenama Brembo, serta tayar Michelin Pilot Sport 4.
 

Civic


Selain daripada itu, antara perubahan yang boleh diamati adalah kurangnya bilangan liang udara palsu seperti yang terdapat pada model terdahulu, namun Civic Type R masih lagi mengekalkan konfigurasi tiga tip ekzos di tengah-tengah bampar belakang.

Turut kelihatan pemasangan sayap belakang yang sedikit tinggi jika dibandingkan dengan Type R FK8.

Setakat ini, spesifikasi sebenar Honda Civic Type R 2022 tidak diketahui, namun Honda mengesahkan model ini (beserta Civic Si) bakal ditawarkan secara eksklusif dengan transmisi manual.

Sedikit berita menyedihkan, Honda Civic Type R bakal menjadi model Honda yang terakhir di Eropah yang membawakan enjin pembakaran dalaman seperti yang dilaporkan sebelum ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menariknya, biarpun Honda Civic Type R mempunyai tetapan casis dan suspensi yang lebih sporti…
Berita Global
Ketepikan mitos itu sebab penulis sendiri tidak mempunyai sebuah Honda dan telah pun melangsungkan…
Berita Global
Honda Civic Type R 2023 (FL5) dikatakan berjaya mencatatkan rekod terpantas di Nurburgring…