Honda Forza 250 di Indonesia - Ini atau Yamaha XMAX?

oleh Muhammad Md Tajudin|
Pasaran skuter maxi di negara kita memang meriah. Dari Modenas, Yamaha, Kawasaki, Suzuki, Kymco masing-masing ada tawaran tersendiri.

Di negara jiran seperti Indonesia lebih meriah, maklumlah jualan motosikal tahunan sahaja menghampiri enam juta unit.

Pada 2 Ogos lalu PT Astra Honda Motor (AHM) telah melancarkan Honda Forza 250 yang merupakan saingan terus kepada Yamaha XMAX 250.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Honda Forza 250

 

Sama seperti XMAX, Forza dari Honda ini mempunyai reka bentuk depan ala robot Transformers. Dengan konsep rekaan yang sama agak sukar sebenarnya untuk membuat pilihan.

Walau bagaimanapun satu kelebihan pada Forza ialah cermin depan yang boleh dilaras secara elektrik. Larasan itu membolehkan cermin direndahkan atau ditinggikan mengikut selera penunggang.

Selain itu, Forza juga dilengkapi Honda Selectable Torque Control (HSTC) supaya roda lebih mencengkam dan mengelakkan gelinciran.

 

Honda Forza 250

 

Meter digitalnya pula memaparkan pelbagai maklumat seperti indikator HSTC, penyelenggaraan, jarak, penggunaan minyak, kelajuan dan RPM.

Forza digerakkan oleh enjin 250cc SOHC sejukan cecair dengan PGM FI. Skuter ini mempunyai kuasa maksimum 17,3 kw (23 hp) pada 7,500 rpm.

Tayar tanpa tiub yang dipasangkan bersaiz 120/70 15 M/C di depan dan 140/70 14 M/C di belakang. Untuk bantuan brek, selain daripada cakera depan dan belakang Honda membekalkan ABS dua channel.

 

Honda Forza 250

 

Untuk nyalaan pula kesemua lampu daripada depan, belakang dan cermin sisi menggunakan jenis LED supaya lebih terang dan tahan lama selain untuk estetika yang tampak mewah.

Turut dilengkapi ialah Honda Smart Key System yang diintegrasi dengan penggera anti kecurian dan Answer Back System yang dapat memberi isyarat lokasi motosikal ditinggalkan oleh pemilik.

Tetapi jika diparkir di depan surau pun nak guna Answer Back memang tepuk dahi.

Untuk simpanan barang pula, dua topi keledar boleh dimuatkan termasuk beberapa barangan lain.

 

Honda Forza 250

 

Honda Forza ditawarkan dalam tiga warna iaitu Pearl Horizon White, Sword Silver Metallic dan Mat Gunpowder Black Metallic.

Harga Honda Forza yang ditawarkan AHM ialah Rp 70.000.000 atau bersamaan RM 19,649.

Satu angka yang kompetitif dan kita tunggu sama ada Boon Siew Honda bakal membawa masuk skuter ini.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Kredit foto: PT Astra Honda Motor (AHM) / WeloveHondaIndonesia

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sebagai contoh Honda memasarkan CB125R yang menggunakan enjin paling kecil dalam siri Neo…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…
Berita Global
  Jarak roda juga sama iaitu 2,830 mm. Dari sisi, Accord nampak begitu panjang dan disumbang oleh…