Honda Goldwing baharu bakal muncul

oleh HEZERI SAMSURI|
AION MREC Banner Campaign May 2024

Motosikal touring popular, Honda GoldWing akan menerima model terbaharu dan akan dilancarkan pada pameran Tokyo Motorshow hujung bulan ini.

Tidak ada banyak informasi yang boleh disahihkan sekarang selain dari gambar-gambar ini.

Nyata bahagian hadapan sudah lain tetapi konsep asal dengan enjinnya nampak seperti sama. Memang susah untuk mengubah sesuatu yang bertaraf lagenda dan bagi Careta, memang GoldWing adalah antara motosikal touring paling selesa pernah kami tunggang.

Walaupun ia bersaiz seperti anak gajah, namun stabiliti dan juga kelancaran enjinnya memang sangat dikagumi.