Warna baharu itu boleh didapati di semua pengedar Honda sah seluruh negara bermula 24 November 2023, dengan harga disyorkan bermula dari RM9,748 untuk Trico White Edition dan RM9,698 untuk Radiate Gray Metallic tidak termasuk cukai jalan dan insurans.
Juga masih mengekalkan spesifikasi yang sama, RS-X 150 dikuasakan enjin silinder tunggal 149.2 cc yang mampu menghasilkan 15.8 HP dan 13.6 Nm, dipadankan bersama transmisi enam kelajuan.
Meningkatkan ciri tunggangan sebagai sebuah moped, ia turut dilengkapi dengan sistem brek ABS di hadapan, serta lengkap bersama lampu LED penuh dan meter digital penuh.