Antara pembaharuan yang dibawakan untuk motosikal RS150R ini termasuklah penampilan fender belakang yang direka semula, serta lampu brek yang lebih runcing.
Imej sporty ini diteruskan lagi dengan layangan grafik baharu dengan empat warna pilihan seperti Hitam, Biru, Edisi Repsol serta warna baharu ikonik Trico Honda.
Selari dengan peredaran masa, Honda RS150R kini didatangkan dengan panel meter LCD digital baharu yang memaparkan informasi dengan lebih jelas dan terang.
Selain daripada itu, tiada sebarang perubahan dibawakan pada unit enjin, di mana ia masih kekal dengan enjin 149.2 cc empat injap DOHC yang menghasilkan 15 hp pada 9,000 rpm dan daya kilas 13.6 Nm pada putaran enjin 6,500 rpm.
Kuasa tersebut disalurkan kepada roda belakang menerusi transmisi manual enam nisbah kelajuan.