Honda sahkan inflator beg udara meletup pada kemalangan maut bulan lepas

oleh Mohamad Hanif|
Honda mengesahkan inflator beg udara pemandu (SDI) Honda City yang terlibat di dalam kemalangan pada 27 Mei 2018 di Kuala Lumpur didapati meletup ketika kejadian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kenyataan tersebut dibuat setelah pemeriksaan dibuat bersama pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM). 
 

Menurut Honda, sedan yang terlibat di dalam kemalangan tersebut merupakan antara unit yang dipanggil semula ketika kempen Malaysian Product Recall Mei 2015, melibatkan penukaran inflator beg udara Takata di bahagian pemandu. 

Hasil siasatan daripada rekod Honda mendapati tiada sebarang penukaran inflator beg udara dilaporkan dan kenderaan tersebut tidak pernah diservis melalui pengedar sah Honda. 

Malah, Honda City tersebut merupakan unit yang pernah dipanggil balik dalam kempen recall Honda yang pernah dilakukan pada 21 Mei 2015 melibatkan penukaran inflator beg udara penumpang (SPI).
 


Sejak daripada kes kontroversi melibatkan beg udara Takata, Honda Malaysia aktif di dalam melaksanakan tanggungjawabnya memanggil semula kesemua unit yang terjejas melalui
-surat menyurat kepada lebih 3 juta pengguna
-peringatan SMS kepada lebih 3 juta pengguna
-panggilan telefon kepada 71 ribu pengguna terbabit
-peringatan menerusi laman rasmi Honda melalui pencarian VIN (nombor casis)
-pengiklanan menerusi majalah

Honda Malaysia juga turut memastikan bekalan stok sentiasa mencukupi untuk memenuhi panggilan balik unit yang terjejas.

Sehingga 29 Mei 2018, Honda Malaysia telah mencapai 85% sasaran penukaran unit beg udara yang terjejas melibatkan hampir 224,000 buah kenderaan. 

Jumlah keseluruhan penukaran inflator beg udara pemandu dan penumpang kini telah mencapai lebih daripada 445,000 unit (75% selesai). 
 

Untuk model Honda City (2003-2008), Honda Malaysia telah mencapai sasaran 79% penukaran inflator beg udara pemandu (47,500 unit), dan 78% bagi inflator beg udara sebelah penumpang (47,200 unit).

Kempen panggil balik ini walaubagaimanapun tidak melibatkan model-model Honda semasa oleh kerana tidak menggunakan inflator daripada pengeluar yang terdahulu. 

Honda Malaysia sekali lagi menasihatkan dan menyeru pemilik Honda City yang terjejas akibat kerosakan inflator beg udara Takata ini supaya segera menghantar kenderaan mereka untuk diperiksa dan mendapatkan penukaran alat ganti di pengedar sah Honda yang berhampiran. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Namun begitu kami yakin ia mampu dicapai berdasarkan rekod jualan yang baik bagi tahun lalu yang…
Berita Domestik
Pencapaian tersebut menjadikan Honda Malaysia kekal kedudukan nombor satu dalam negara untuk…
Berita Domestik
Sebagai varian yang paling tinggi dalam penawaran SUV CR-V generasi baharu, CR-V e:HEV RS…