Honda Urban EV Concept diiktiraf Kereta Konsep Terbaik di Turin, Itali

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda dilihat agak perlahan dalam menawarkan kereta elektrik (EV) kepada pasaran. Honda masih belum mempunyai apa-apa tawaran berbanding Nissan yang sudah menawarkan dua generasi LEAF.

Bukan Honda tidak mempunyai tawaran tetapi fokus syarikat sebelum ini ialah pada teknologi hibrid dan hidrogen.

Langkah pertama Honda dalam industri yang semakin berkembang ini apabila mempamerkan Honda Urban EV Concept pada Pameran Kenderaan Frankfurt tahun lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Honda Urban EV Concept

 

Model ini muncul tanpa riuh dan selepas itu mengejutkan banyak pihak. Model ini tampil bersahaja dengan mengambil semula gayaan Honda Civic generasi pertama.

Honda Urban EV ini nampaknya diiktiraf pakar apabila ia dinobatkan sebagai Kereta Konsep Terbaik sempena Anugerah Reka Bentuk Kereta 2018 yang dianjurkan sebagai acara di Pameran Kenderaan Turin pada 7 Jun lalu.

Anugerah Reka Bentuk Kereta dianjurkan oleh majalah Auto & Design dengan finalis dan pemenang diadili oleh 12 juri yang terdiri daripada jurnalis automotif penerbitan terkenal dunia.

 

Honda Urban EV Concept

 

Honda Urban EV Concept memenangi anugerah ini selepas mengatasi sembilan lagi model lain.

Rupa-rupanya Honda Civic generasi ketiga adalah pemenang pertama Anugerah Reka Bentuk Kereta yang dimulakan pada tahun 1984.

Hadiah antarabangsa ini adalah yang kedua buat Urban EV Concept selepas memenangi Anugerah Kereta Konsep Tahunan dari majalah Automobile pada Januari lalu.

Di antara faktor kemenangan Urban EV Concept ialah adunan reka bentuk retro dan futuristik yang menimbulkan tarikan kuat di mana tidak banyak model yang boleh menyainginya. 

Menurut Makoto Iwaki, Pengarah Eksekutif Kreatif Honda R&D, kereta konsep ini adalah wakil kepada idea reka bentuk 'Kami menjadikannya ringkas'.

 

Honda Urban EV Concept

 

Idea ini juga sebenarnya adalah DNA warisan Honda yang boleh dilihat bagaimana mereka menghasilkan motosikal Honda Cub pada era 50an dan dipegang sehingga kini.

Walaupun bermula dengan hebat, ada satu perkara yang kurang menarik tentang model EV ini.

Buat permulaan Honda Urban EV Concept akan ditawarkan di Eropah dahulu dengan tempahan dibuka pada awal tahun 2019.

Penghantaran pertama pula hanya akan bermula hujung tahun depan... agak lambat dan perlahan jika dibandingkan dengan Nissan LEAF.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Ketika model konsep digambarkan sebagai sebuah hatchback tiga pintu, versi produksi yang dikesan…