TÉKHNĒ memasuki pasaran tempatan dengan produk-produk Pengilang Peralatan Asal (OEM) serta Pengilang Peralatan Ganti (REM) yang komprehensif bagi jentera beroda dua dan empat.
Ia dirumus untuk memenuhi pelbagai keperluan alat ganti kepada pengguna seperti minyak pelincir, kaliper brek, cakera brek, tayar, sport rim kereta dan motosikal, dan pelbagai lagi.
Dengan prinsip ‘Moving the Future’, TÉKHNĒ telah mencerminkan dedikasi syarikat untuk merintis kemajuan dalam industri automotif tempatan dan juga serantau.
Pengarah Urusan Kumpulan HLI, Profesor Dato’ Dr. Jim Khor, berkata di majlis pelancaran dengan menyatakan, “Langkah kami ke industri alat ganti automotif bukan sahaja mencerminkan dedikasi kami ke atas inovasi dan perkembangan berterusan.
“Ia juga komitmen padu kami ke atas para pelanggan menerusi standard kualiti dan kebolehpercayaan yang tertinggi” katanya.
Beliau turut berkata, dengan TÉKHNĒ, ia turut mengorak sebuah haluan yang kaya dengan aneka peluang, mengendong matlamat untuk merintis kemajuan dalam arena teknologi dan reka cipta.
Pasaran bagi alatan OEM dan REM untuk kegunaan jentera beroda dua dan empat di Malaysia sedang menyaksikan pertumbuhan yang memberangsangkan.
Ia kini turut mampu berkembang lebih jauh, didorong oleh faktor-faktor seperti peningkatan jualan kenderaan, permintaan ke atas servis pasaran sekunder (aftermarket), serta peningkatan bilangan perusahaan dalam pasaran produk automotif.
Selain itu, nilai tambah dalam pasaran produk automotif di Malaysia dijangka mampu mencecah US$8.32 bilion pada tahun 2024, dengan jangkaan kadar pertumbuhan tahunan berkompaun (CAGR) berjumlah 5.71 peratus dari 2024 hingga 2028.
Di samping itu, peningkatan konsisten jualan kereta terpakai di Malaysia juga menyumbang kepada pertumbuhan industri servis pasaran sekunder automotif, yang meningkatkan permintaan ke atas alat-alat ganti.
Pengurus Besar TÉKHNĒ, En. Chong Chee Kong memberitahu, “Di TÉKHNĒ, komitmen kami adalah untuk membekalkan produk premium yang dirumus untuk memenuhi keperluan para pelanggan di Malaysia.
“Menerusi kerjasama yang penting, di peringkat tempatan dan juga antarabangsa, kami memastikan produk TÉKHNĒ memenuhi standard kecemerlangan dan kepuasan pelanggan yang tertinggi.”katanya.
Beliau turut berhasrat untuk meluaskan jenama tersebut ke rantau ASEAN dan seterusnya menembusi pasaran global pada masa yang akan datang.
Tambahan itu, TÉKHNĒ turut dedikasi terhadap inovasi yang dibuktikan melalui rancangannya untuk menceburi perniagaan produk-produk yang berkaitan dengan kenderaan elektrik.
Untuk menerapkan inovasi, TÉKHNĒ juga bersedia untuk mengasaskan pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) untuk merintis kemajuan dalam arena teknologi yang mendukung standard kualiti yang tertinggi.