Hot Rocket peroleh tempat ketiga dalam acara Pinnacle Kart 6-hour Endurance Race

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Dengan penyertaan terkini Hot Rocket Racing Club dalam perlumbaan Pinnacle Kart 6-hour Endurance Race, mereka berjaya mengukuhkan kedudukan dengan memperoleh podium pada setiap perlumbaan go-kart yang disertai sepanjang 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Rocket Nation yang merupakan kumpulan elit kelab tersebut telah berjaya memperoleh tempat ketiga dalam perlumbaan ketahanan go-kart anjuran Kelab Karting Selangor (KKS).

 

2

 

Kelab yang ditubuhkan pada bulan Mac tahun lepas itu berjaya mencipta sejarah tersendiri dengan beberapa podium dan kemenangan sepanjang tahun 2022, antara kemenangan Hot Rocket Racing Club pada tahun 2022 ialah:

  • Kejohanan Traxion Supercar Owner Go Kart R1 - Tempat pertama
  • Kejohanan Traxion Supercar Owner Go Kart R2 - Tempat ketiga
  • Kejohanan Traxion Supercar Owner Go Kart R3 - Tempat kedua
  • Kart Hauz 4-hour Endurance Race - Tempat pertama
  • Pinnacle Kart 6-hour Endurance Race - Tempat ketiga

 

3

 

Hot Rocket Racing Club telah memeriahkan komuniti go-kart dengan bimbingan melalui acara perlumbaan bersama lebih 500 ahli berdaftar serta 1,600 pengikut di media sosial.

Kelab tersebut menyasarkan untuk menaikkan bilangan ahli dan menyertai perlumbaan ketahanan go-kart antarabangsa sebagai salah satu azam tahun baharu mereka.

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Program tersebut bakal memberi tumpuan kepada perlumbaan go-kart dan perlumbaan sim, dimana ia…