Menurut laporan daripada The Drive, mereka telah berjaya menemukan dokumen pendaftaran paten kenderaan mobiliti peribadi boleh lipat oleh Hyundai.
Dokumen paten tersebut bertarikh Disember 2017 dan tidak pernah disiarkan sehinggalah pada November 2019, di mana ia menjelaskan dengan lebih terperinci mekanisme yang digunakan oleh skuter lipat itu.
Kalau Rolls-Royce boleh letak payung pada pintu kereta, Hyundai sebenarnya mahu meletakkan skuter ini di dalam panel pintu kereta!
Dalam paten yang terkini, Hyundai mendedahkan mekanisme lipatan yang digunakan oleh skuter, mekanisme pengecasan yang digunakan dalam ruang storan di ruang kargo, serta bunyi enjin palsu yang terhasil untuk memberikan 'amaran' kepada pejalan kaki.
Skuter boleh lipat Hyundai ini dikatakan mampu mencapai kelajuan sekitar 25 km/j, namun spesifikasi seperti kapasiti bateri, kuasa motor dan jarak operasi tidak didedahkan.
Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada Hyundai bakal menjadikan idea skuter boleh lipat ini sebagai satu realiti, tapi di Jepun, sebuah syarikat pemula Icoma telah pun memperlihatkan sebuah prototaip berfungsi Tatamel Bike - yang boleh kami sifatkan sebagai pengganti tidak rasmi Honda Motocompo!
Baca: Tatamel Bike
Baca: Honda Motocompo