Perubahan ini boleh dilihat menerusi penampilan rim bersaiz 17 inci, lampu utama jenis LED di bahagian hadapan dan belakang memberikan penampakan yang dinamik kepada SUV ini.
Untuk trim 2.0L Elegance, gril hadapan diwarnakan dengan Metallic Silver manakala penggunaan lampu pula adalah daripada jenis halogen ditambah dengan ciri lampu posisi, manakala bagi trim 1.6L Turbo, ia ditawarkan dengan gril Chrome Garnish, pemegang pintu krom, lampu LED dengan lampu posisi, serta ciri Low Beam Assist-Static Lights.
Dari segi sistem pacuan pula, varian 2.0L Elegance masih mengekalkan enjin Nu MPi yang menghasilkan 155 PS/192 Nm manakala varian 1.6L Turbo pula hadir dengan enjin T-GDI yang mampu menghamburkan kuasa setinggi 177 PS dan daya kilas maksimum 265 Nm yang masuk pada putaran enjin 1,500 rpm sehingga 4,500 rpm.
Ciri keselamatan tidak dilupakan dengan kelengkapan seperti dua beg udara, brek anti-kunci (ABS), kawalan kestabilan elektronik (ESC), kawalan mendaki bukit (HAC), kawalan brek menurun bukit (DBC), sistem bantuan brek (BAS) dan pengurusan kestabilan kenderaan (VSM) sebagai ciri standard.
Manakala varian 1.6L Turbo pula menerima penambahan ciri enam beg udara, sistem smart tailgate, serta amaran jarak parkir hadapan dan belakang.
Harga jualan bagi Hyundai Tucson adalah seperti berikut:
Tucson 2.0L Elegance: RM123,888
Tucson 1.6L Turbo: RM143,888
Setiap pembelian Tucson melayakkan servis percuma untuk jarak perbatuan 50,000 km dengan tempoh sahih tiga tahun; atau jaminan selama lima tahun ATAU jarak perbatuan 300,000 km (yang mana terdahulu).
Untuk maklumat lanjut, sila berkunjung ke pusat pameran Hyundai yang berdekatan atau menghubungi Talian Khidmat Pelanggan Hyundai di 1-300-13-2000.