Difahamkan, imej jentera ini terbocor lebih awal sebelum acara pengenalan rasmi yang dijadualkan berlangsung dalam tempoh sebulan lagi bertempat di Silverstone.
Berdasarkan gambar yang diperoleh daripada LiveGP, perubahan yang lebih besar didapati adalah rekaan jentera yang lebih ringkas dan lebih bersih di mana ia bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap kesan yang diwujudkan oleh sayap hadapan serta komponen aerodinamik yang lain.
F1 2022 in de basis - De auto’s worden er nog steeds niet kleiner op helaas.. pic.twitter.com/5Omz7VrTqS
— Charrel Jalving 🎙 (@Charreljalving) June 21, 2021
Malah model CAD menunjukkan dimensi jentera lumba F1 2022 lebih pendek berbanding jentera sedia ada dan ia sepatutnya mampu menyelesaikan permasalahan di mana sesetengah jentera sukar untuk dipotong disebabkan perbezaan dimensi panjang.
Selain daripada itu, difahamkan saiz rim dikatakan membesar dari 13 inci kepada 18 inci untuk musim perlumbaan tahun hadapan.
Tahun 2021 menyaksikan satu lagi perubahan regulasi di mana F1 mula menetapkan had perbelanjaan yang perlu dikeluarkan oleh sesebuah pasukan untuk jentera F1.
Untuk tahun ini, had perbelanjaan ditetapkan pada $145 juta (RM604 juta), dan akan dikurangkan kepada $140 juta (RM583 juta) untuk tahun 2022.
Jadi, dengan perubahan-perubahan regulasi ini kita boleh melihat sendiri apakah magis yang bakal dibawakan oleh setiap pasukan terhadap jentera F1 serba baharu ini.
Sumber: LiveGP