Indonesia selaras nombor plat kereta warna putih bermula tahun ini, RFID bermula tahun 2023

oleh Mohamad Hanif|
Di Indonesia, pihak berkuasa mengumumkan perubahan warna latar belakang plat kenderaan daripada warna hitam kepada warna putih secara berperingkat bermula bulan ini (Januari 2022).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hal ini diumumkan oleh Ketua Biro Penerangan Masyarakat Polis Republik Indonesia, Brigader Jeneral Ahmad Ramadhan seperti  yang dilaporkan oleh Tribunnews, baru-baru ini.

Ujarnya, penukaran warna tersebut dikatakan mampu menyokong sistem tiket Penguatkuasaan Undang-undang Trafik Elektronik (ETLE) berasaskan kamera, serta pengaktifan pembayaran tempat letak kenderaan elektronik.

Selain itu, pemasangan cip RFID juga akan turut dilaksanakan pada tahun 2023 untuk tujuan identifikasi kenderaan, terutama ketika mengesan kesalahan lalu lintas.

Dalam pada itu, sebuah lagi laporan daripada Tribunnews memetik kata-kata Pengarah Unit Polis Trafik, Brigedier Jeneral Yusri Yunus yang menyebut pihaknya akan memastikan rakyat tidak akan terbeban dengan pemasangan sistem terbaharu itu.

Jadi, Malaysia bila lagi?

Sumber: Tribunnews

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam kenyataan itu, Chery menekankan komitmennya untuk memastikan keselamatan pelanggannya dan…
Berita Global
Ujarnya yang dikenali sebagai Ummu Hani itu lagi, banyak implikasi buruk berlaku sekiranya jalan…
Berita Global
Aion akan berkolaborasi dengan Indomobil Group yang berpengkalan di Jakarta untuk memasang EV di…