Ini 6 perkara istimewa tentang Honda NSX generasi pertama

oleh Muhammad Md Tajudin|
Jika anda meminati Honda NSX generasi kedua, tahukah anda bahawa kereta ini boleh dimiliki kerana pengimport bebas sudah mengimportnya masuk ke dalam negara?

Berapakah pula harganya?

Tidak mahal sangat. Sekitar RM 1.6 juta sahaja untuk unit yang baru berusia setahun.

Jika tidak berkenan kerana banyak teknologi elektronik, harga model terpakai tahun 1991 pula sekitar RM 220,000 sehingga RM 280,000.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Honda NSX

 

Walaupun sudah berusia lebih daripada dua dekad, NSX tetap hebat dan Honda mahu memastikan legasinya terus kekal dengan mengeluarkan generasi kedua pada tahun 2016.

Kenapakah NSX begitu hebat sehingga harganya kekal mahal walaupun sudah berusia?

Di antara prestij NSX ialah apabila ia dikaitkan dengan legenda Formula 1 iaitu Aryton Senna dan kereta ini sememangnya dilahirkan untuk mencabar Ferrari.

Berikut ialah lima perkara tentang Honda NSX generasi pertama:

1. Honda HP-X

Pada tahun 1984, Honda telah membangunkan HP-X bersama Pininfarina. Niat Honda ialah mahu menyamai atau lebih daripada prestasi model Ferrari 328 dan pada masa sama boleh dipercayai (reliable) dan mampu milik.

Konsep tersebut kemudian mendapat kelulusan dan lahirlah NSX.

 

Honda NSX

 

2. Honda NSX

HP-X membawa maksud Honda-Pininfarina manakala X pula merujuk kepada experimental. Apabila NSX diperkenalkan, ia bermakna (N)ew (S)portscar (X)Unknown World. X adalah istilah matematik kepada pemboleh ubah yang tidak diketahui. 

3. Badan aluminium

NSX adalah pencapaian dalam dunia automotif apabila ia menjadi kereta produksi massa pertama di dunia dengan badan aluminium.

Material ini dipilih bagi memastikan ia kekal tegar dan ringan bagi memperolehi nisbah berat kepada kuasa yang optimum.

4. 3.0 liter V6 VTEC dan 3.2 liter V6 VTEC

 

Honda NSX

 

Dalam skala kereta berprestasi, enjin NSX kecil sahaja. Model awal yang ditawarkan kepada pengguna bersesaran 3.0 liter V6 VTEC berkuasa 256 bhp.

Kelajuan maksimum ialah 260 km/j dan pecutan dari 0 - 96 km/j adalah 7.5 saat.

Model yang dilahirkan pada tahun 1997 bersesaran 3.2 liter dengan kuasa 280 bhp. Kelajuan maksimum ialah 273 km/j dan pecutan dari 0 - 96 km/j mengambil masa 5.7 saat.

Terdapat dua jenis transmisi ditawarkan iaitu lima kelajuan manual dan empat kelajuan automatik Sport Shift.

5. Input daripada Aryton Senna

 

Honda NSX

 

Selain dari kuasa, prestij Honda NSX banyak dikaitkan dengan legenda Formula 1 iaitu Aryton Senna. Beliau memberi input pada peringkat akhir pembangunan NSX.

Selain Senna, individu penting dalam projek ini ialah Ketua Pereka, Masahito Nakano dan Ketua Jurutera Eksekutif, Shigeru Uehara.

6. 15 tahun dalam pasaran

Honda NSX mula dikeluarkan pada tahun 1990 dan berada dalam pasaran begitu lama sehingga ditamatkan pada tahun 2005.

Walaupun lama di pasaran, jualan kumulatif NSX hanyalah 8,939 unit sahaja. Ini adalah perkara biasa memandangkan NSX berada dalam segmen jualan kecil.

Di antara varian yang ditawarkan, NSX R paling berbisa dan ia merupakan Type R pertama dalam sejarah Honda.

 

Honda NSX

 

Sebuah varian yang tergolong dalam kategori 'super rare' ialah NSX-R GT yang dibina untuk homologasi perlumbaan Super GT Jepun.

Selepas pengeluaran tamat pada tahun 2005, Honda akhirnya menawarkan NSX generasi kedua pada tahun 2016.

NSX generasi kedua tidak lagi membawa maksud New Sportscar Unknown World tetapi merujuk kepada New Sports Experience.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Honda NSX 2016

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sebagai contoh Honda memasarkan CB125R yang menggunakan enjin paling kecil dalam siri Neo…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…
Berita Global
  Jarak roda juga sama iaitu 2,830 mm. Dari sisi, Accord nampak begitu panjang dan disumbang oleh…