Inikah bentuk Toyota Camry/Lexus LS masa hadapan?

oleh HEZERI SAMSURI|
Kereta konsep Fine-Comfort Ride (FCR) yang juga sebenarnya sebuah kenderaan fuel cell (FCV) adalah gambaran sebuah sedan mewah masa hadapan, menurut Toyota.

Kabin berkonsepkan bentuk berlian menawarkan ruang luas untuk tempat duduk belakang dan jua prestasi aerodinamik yang baik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan menggunakan teknologi in-wheel motor atau motor elektrik di dalam roda itu sendiri, Toyota mampu meletakan posisi keempat-empat tayar pada setiap penjuru kenderaan ini.

Dengan penutup bawah badan, FCR ini juga sangat aerodinamik dan senyap - sesuai dengan tarafnya sebagai kenderaan premium.

Tempat duduk pula boleh diubah dalam pelbagai cara dan tempat, dan skrin sentuh pula menggantikan butang-butang fizikal. 

Bahan fuel-cell yang menghasilkan hidrogen dan kemudian menggerakan motor elektrik ini membolehkan FCR mempunyai jarak perjalanan sejauh 1,000 km.

Sebenarnya, Isuzu D-Max manual juga mampu berjalan sejauh 1,000 km tetapi dengan Toyota FCR, ia tidak menghasilkan sebarang asap!

Careta tidak pasti apa yang cuba disampaikan oleh Toyota kerana sedan ialah kenderaan dengan bentuk tiga-kotak (three-box shape) sementara FCR ini lebih kepada sebuah MPV.

Hmmm… 

*Gambar dari Net Car Show.

FCR

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…