Iriz baharu buat kami marah!

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Umum mengetahui, Proton telah melancarkan model Iriz yang dikemas-kini sebulan lalu.

Ia datang dalam empat varian:

  • Iriz 1.3 Standard MT (RM43,800)
  • Iriz 1.3 Standard CVT (RM46,800)
  • Iriz 1.3 Executive CVT (RM50,800)
  • Iriz 1.6 Premium CVT (RM58,800)

Proton nampaknya sudah tahu model mana yang patut digugurkan dan hanya memberi fokus kepada empat model di atas.

Dua warna baharu diberikan - Merah Ruby dan Coklat Carmelian. Warna lama masih wujud, kecuali warna Hijau Citrus. Turut diberikan ialah waranti selama 5-tahun atau 150,000 km, yang mana dahulu.

 

Iriz 2017 side

 

Ini adalah senarai penambah-baikan yang dilakukan.

Luaran

  • Gril warna gelap
  • Lambang Proton dalam bentuk 3D untuk gril depan
  • Dua tona warna (bumbung, cermin sisi dan spoiler hitam) untuk varian 1.6 Premium.

Dalaman

  • Panel meter bentuk baharu dengan lampu ECO untuk transmisi CVT
  • Tombol gear CVT baharu
  • Bentuk radio baharu dengan fungsi Smart E-Link untuk mirroring.
  • Tempat duduk fabrik dengan belang biru/merah dan jahitan merah sporti
  • Tempat duduk separa kulit untuk 1.6 Premium
  • Permukaan hitam gloss pada beberapa panel di papan pemuka
  • Model 1.3 Executive kini datang dengan keyless entry, butang push start dan pelbagai tambahan aksesori

 

Drivers cockpit Iriz 2017

 

Ada beberapa aksesori yang "hilang" dari model Iriz 1.6 Premium. Ianya adalah fungsi lampu hadapan automatik, cermin-sisi boleh lipat automatik dan fungsi auto-up bagi tingkap pemandu.

Apa yang menarik ialah perubahan dan penambahan pada cara Iriz ini mengawal bunyi enjin dan transmisi dari masuk dan mengganggu penumpang.

  • Proton menggunakan tiga pemegang (mounting) untuk enjin, berbanding empat dari varian dahulu.
  • Hasilnya, kurang gegaran yang tersalur masuk ke dalam kabin, menyebabkan ruang penumpang jauh lebih selesa.
  • Sistem ekzos juga menggunakan sistem ekzos Faurecia. Farecia adalah antara vendor Tier 1 untuk industri automotif global, dan antara pelanggan mereka ialah Audi, Renault, Alfa Romeo, Mercedes-Benz, Ford dan banyak lagi.
  • Sistem penebat bunyi juga ditambahkan, dan Proton mendakwa Iriz 2017 ialah 5 Decibel lebih senyap dari varian terdahulu.

Dan itulah punca kemarahan kami - kami memiliki Iriz varian pertama.

Bila Proton memberikan kami Iriz 1.6 Premium tahun 2017 itu untuk dicuba selama seminggu, kami memang dengan terus memandu keluar Proton Iriz 2014 varian 1.6 Premium MT milik kami.

Ya, memang rare, kami tahu.

Varian dengan enjin 1.6L dan transmisi manual 5-kelajuan dalam spek Premium memang jarang dijumpai dan sekarang ia terus diberhentikan.

 

Two iriz

 

Menambahkan lagi status "rare" itu ialah warna Hijau Citrus yang sekarang telah diberhentikan pilihan warna tu.

Di atas lebuhraya, dengan segera kami dapat merasakan bahawa Iriz 2017 memang lebih senyap dan kurang gegaran.

Kami dengan sengaja bermain-main pendikit dan mencuba teknik WOT (wide open throttle) di mana pedal pendikit ditekan habis ke lantai untuk membiarkan kelajuan enjin (RPM) meningkat.

Nyata memang ia lebih senyap dan kurang gegaran, walaupun dibandingkan dengan Iriz transmisi manual kami!

Kami biarkan kelajuan malar pada 120 kmsj, dan bunyi di dalam kabin Iriz ini memang terbukti kurang bising dan tidak ada lagi "droning sound" atau bunyi melahu yang berpanjangan yang mengakibatkan penumpang rasa bengang dan bingit.

Sistem CVT juga dirasakan lebih "mantap" dan lebih cepat bertindak kepada tekanan kaki pemandu.

Balutan fabrik pada tempat duduk Iriz 2017 pula memang antara yang tercantik kami pernah lihat di dalam negara, dalam kategori kenderaan di bawah harga RM150,000.

 

three quarter up iriz

 

Jika dilihat, Iriz baharu memang nampaknya lebih berbaloi, terutama Iriz 1.6 Premium yang nampak lebih cantik dengan warna dua tona.

Mungkin kerana Iriz baharu ini lebih lancar dan kurang gegaran, telinga dan punggung kami ebih kepada untuk mengatakan Iriz 2017 lebih selesa.

Kerana itu kami marah kerana kami mahukan Iriz baharu!!!

 

Spesifikasi Proton Iriz 1.6 CVT Premium.

  • Enjin: 1,597cc Campro VVT 4-silinder 16-injap dengan timing belt
  • Kuasa maksimum: 107 hp @ 5,750 rpm
  • Tork maksimum: 150 Nm @ 4,000 rpm
  • Transmisi: CVT Automatic oleh Punch
  • Ciri keselamatan: 6 beg udara, Stability Control, ABS. EBD dan lain-lain
  • Harga: RM58,800 atas jalan

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…