Kempen panggil semula ini dilakukan melibatkan isu perisian yang menentukan bila lampu brek pada motosikal ini dinyalakan. Terdapat juga kes tertentu dimana lampu brek terus menyala walaupun brek tidak digunakan.
Disebabkan beberapa masalah ini, penunggang motorsikal berisiko untuk terlibat dalam kemalangan yang diakibatkan oleh salah faham kenderaan lain terhadap lampu brek yang bermasalah.
Sebanyak 31,527 unit model Trike dan CVO Trike tahun 2019-2022 yang terlibat dalam kempen panggil semula ini. Manakala, selebihnya 167,847 unit melibatkan model Touring dan CVO Touring.
Bagi pemilik motorsikal yang dikeluarkan pada tarikh selepas 24 Jun 2022, mereka tidak terlibat dengan kempen panggilan semula ini.
Namun, Harley-Davidson menasihatkan pemilik motosikal untuk menggantikan suis tekanan yang baru dan melakukan kemas kini penentukuran pada perisian bagi mengelakkan isu ini.
Pemilik motorsikal yang terlibat dalam kempen panggil semula ini boleh mengatur temu janji untuk menghantar motorsikal mereka kepada pusat servis Harley-Davidson yang sah.
Pihak Harley-Davidson akan melakukan kemas kini perisian dan penggantian suis tekanan secara percuma.
Sumber: RideApart
Penulis: Ahmad Danial Yasin