Litar untuk perlumbaan sifar emisi tersebut dijangka akan siap pada April nanti bagi memberikan laluan kepada persiapan Formula E yang akan berlangsung pada 6 Jun 2020.
Cadangan untuk membina litar jalanan di kompleks Monas tersebut menerima kritikan daripada umum disebabkan kos pembinaan yang jauh lebih tinggi berbanding litar di Hong Kong walaupun bahan yang digunakan adalah lebih kurang serupa.
Sebagai perbandingan, kos untuk membangunkan litar Formula E di Jakarta bernilai US$1.1 bilion (RM4.55 billion) berbanding Hong Kong sebanyak $39 juta (RM161 juta) sahaja.
Selain daripada itu, lokasinya yang terletak di tapak warisan budaya menyebabkan cadangan tersebut ditolak pada mulanya dengan mencadangkan alternatif seperti Jl. MH Thamrin, Jl. Jenderal Sudirman dan lokasi sekitar Stadium Gelora Bung Karno.
Namun, keputusan terbaharu dibuat dengan mengekalkan lokasi yang sama (kompleks Monas) oleh kerana tahap kebersihan, persekitaran dan tahap keselamatan di kawasan tersebut.
Pihak penganjur juga akan berkolaborasi dengan pelbagai agensi yang berkaitan demi menjaga kawasan tersebut daripada sebarang kerosakan sepanjang acara perlumbaan Formula E dijalankan.
Sumber: The Jakarta Post