"Jambatan itu dibina 1950-an yang terletak di kawasan agak rendah dan sering berlaku hakisan akibat hujan lebat menyebabkan strukturnya tidak lagi selamat.
"Kami mengambil keputusan untuk menutup laluan berkenaan bagi membolehkan kerja membaik pulih dilakukan," katanya ketika dihubungi.
Menurut Mohd Faizul, sepanjang tempoh penutupan, beberapa laluan alternatif disediakan kepada pengguna jalan raya.
"Laluan alternatif pertama, pengguna dari Tampin ke Kuala Pilah boleh melalui persimpangan Inas, Inas – Senaling, laluan N24 dan masuk semula ke persimpangan pekan Senaling.
"Laluan alternatif kedua, pengguna dari Kuala Pilah ke Tampin akan melalui laluan Senaling – Kepis, Bahau – Dangi dan masuk semula ke persimpangan Johol," katanya.
Beliau berkata, pengguna jalan raya mesti mematuhi arahan dan papan tanda yang disediakan oleh JKR.