Kini, Jeep telah menaik taraf (facelift) Renegade dengan rekaan yang lebih moden dan tampak lebih anggun berbanding model terdahulu.
Salah satu perkara yang senang untuk dicam ialah gril hadapan yang telah dikemaskini rekaannya, ditambah pula dengan bar krom yang lebih tipis.
Posisi lampu kabus telah diubah, dan aliran udara pada bahagian bawah juga telah ditambah baik.
Bahagian lampu belakang pula menampakkan bentuk huruf X yang lebih besar dan sedikit sentuhan rahsia daripada Jeep boleh dilihat pada tengah-tengah lampu belakang tersebut.