Jenama China mengungguli carta jualan kenderaan elektrik

oleh Mohamad Hanif|
Pasaran kenderaan elektrik kini semakin berkembang di serata dunia dengan pengenalan model-model elektrik yang kini serba moden dengan rekabentuk menawan.

Tentu ramai yang menyangka Nissan Leaf atau Tesla Model 3 yang terkenal itu menguasai pasaran kenderaan elektrik masa kini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, menurut laporan penjualan kenderaan elektrik yang dikeluarkan oleh JATO Dynamics, jenama yang kini menduduki tangga pertama ialah sebuah jenama China, iaitu BAIC EV dengan jumlah jualan terkumpul sebanyak 15,132 unit. 
 


Pasaran yang besar di China sahaja sudah menyumbang jumlah penjualan yang besar kepada hasil keseluruhan penjualan BAIC EV ini. 

Paling menarik, jenama ini berjaya meletakkan Nissan Leaf di tempat kedua dengan perbezaan jumlah jualan melebihi 5,000 unit bagi tempoh jualan Januari hingga Februari. 

Tempat ketiga juga turut dipegang oleh rakan senegara BAIC iaitu JAC Motors dengan penjualan produk JAC IEV 5 sebanyak 6,118 unit. 

Jika diperhatikan pada graf penjualan yang dikeluarkan oleh JATO Dynamics itu, beberapa jenama yang kuat kini menampakkan penurunan hasil jualan seperti Model X, Model S dan juga Renault Zoe. 
 


China kini semakin jauh meninggalkan kita dengan penguasaan serius di dalam industri kereta elektrik di samping kesedaran yang ditunjukkan oleh masyarakat sekitar tentang keperluan kenderaan elektrik turut menyumbang kepada jumlah jualan EV yang tinggi pada masa ini. 

Diharapkan Malaysia juga kini menuju ke arah yang sama di bawah pimpinan kerajaan yang baharu. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada pendekatan yang digunakan oleh FedEx untuk mengurangkan…
Berita Global
Rekaan luaran Renault 5 ini banyak diinspirasikan daripada model asal Renault 5 tahun 1970-an,…
Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…