Jenama SEAT sah hentikan pengeluaran kereta, kini fokus kepada jenama CUPRA

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Ketua Pegawai Eksekutif Volkswagen Passenger Cars, Thomas Schafer dilapor telah mengesahkan bahawa jenama SEAT akan mula hentikan pengeluaran kereta baharu, di mana mereka akan fokus kepada jenama prestasinya iaitu CUPRA.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Autocar UK, Thomas berkata, "model SEAT sedia ada akan terus dihasilkan dalam kitaran hayat semasa mereka, tetapi jenama itu akhirnya akan mempunyai peranan baharu pada masa hadapan.”

 

2

 

"Jenama SEAT tidak akan dihentikan, kami akan mencari peranan yang berbeza untuknya pada masa hadapan.”

Berdasarkan kenyataan Thomas, peranan yang dimaksudkan mungkin ke arah penghasilan kenderaan mobiliti, di mana mereka telah menghasilkan kenderaan mobiliti seperti e-skuter SEAT MO.

 

3

 

Menurut Thomas, mereka tidak boleh melabur dalam kedua-dua jenama SEAT dan CUPRA sebagai jenama arus perdananya, di mana  potensi pendapatan untuk CUPRA akhirnya jauh lebih besar.

CUPRA sentiasa menjadi jenama jangka masa panjang, di mana kejayaan jenama Cupra telah mengukuhkan pemikiran bahawa ini adalah perkara yang betul untuk dilakukan.

 

4

 

Terdapat perdebatan tentang usaha untuk menghidupkan semula SEAT, tetapi jenama itu mempunyai sejarah kerugian dan akhirnya potensi pendapatan CUPRA yang lebih besar mengukuhkan keputusan itu.

Nama SEAT juga berpotensi untuk digugurkan dari model ikoniknya, iaitu Leon yang hanya akan dikenali dengan nama CUPRA.

 

Berita Berkenaan

Informasi
  Begitu canggih sehinggakan jurutera boleh ke pelbagai tempat dari puncak gunung Mont Blanc…
Berita Global
  Sekam padi kitar semula itu lebih ringan berbanding kedua-dua bahan tersebut. Jika menjadi,…
Informasi
Bagaimana sudut pandang pemandu dikaji? Di SEAT, mereka sedang membangunkan teknologi yang…