Tahun ini, Ferrari mendedahkan senjata utama mereka iaitu SF21 yang baharu sahaja diperkenalkan beberapa hari sebelum ujian pra-musim bermula.
Selain daripada itu, Ferrari sebenarnya telah memberikan tumpuan terhadap aspek aerodinamik terutama di bahagian belakang, sayap hadapan baharu, konsep hidung baharu, serta menala kembali kotak gear, dan sistem suspensi.
Sentuhan juga diberikan terhadap nadi kuasa 1.6 liter bentangan V6 turbo itu dengan meningkatkan tahap kecekapan haba (dengan bantuan Shell) di mana ia mampu "memberikan penambahbaikan terhadap masa pusingan sebanyak 0.1 saat".