Jepun cadang lanjut tempoh kutipan tol hingga 2115

oleh Mohamad Hanif|
sumber: Wikipedia
Kementerian Pengangkutan Jepun bercadang untuk melanjutkan tarikh akhir kutipan tol lebuh raya sehingga tahun 2115.

Langkah tersebut bertujuan untuk mengumpulkan dana yang mencukupi bagi menaik taraf kemudahan seperti jambatan dan jalan raya, menurut laporan Japan Times.

Pada mulanya, kerajaan Jepun mahu meneruskan kutipan tol sehingga tahun 2050 selepas empat syarikat konsesi lebuh raya diswastakan pada tahun 2005, dan melaksanakan tol percuma selepas itu.

Namun, selepas insiden terowong runtuh di lebuh raya Chuo, Wilayah Yamanashi yang mengorbankan sembilan orang pada tahun 2012, kerajaan membuat keputusan untuk melanjutkan kutipan tol sehingga 2065 untuk menangani infrastruktur lebuh raya yang semakin berusia.
 

TOMEI


Tambah laporan itu lagi, hasil pendapatan yang dijana pada ketika ini tidak mencukupi untuk menaik taraf kemudahan jalan raya sedia ada, terutama laluan di luar bandar di mana jalan dua lorong akan dinaik taraf menjadi empat lorong.

Selepas era perang dunia kedua tamat, kerajaan Jepun mewujudkan satu sistem di mana lebuh raya akan dibina menggunakan dana pinjaman yang kemudian akan dibayar semula menggunakan kutipan tol.

Selepas hutang tersebut habis dibayar, lebuh raya tersebut akan dikecualikan daripada kutipan tol, sementara kos penyelenggaraan pula akan menggunakan duit cukai.

Sehingga Mac 2022, Japan Expressway Holding and Debt Repayment Agency (JEHDRA) masih lagi berhutang sebanyak ¥28.27 trillion yen (kira-kira RM950,688,940,240.60)

Sumber: Japan Times

Berita Berkenaan

Informasi
Atenza (Mazda 6), dan Axela (Mazda 3) sudah ditamatkan pengeluaran di Jepun sejak 2018 dan 2019,…
Berita Global
Sementara itu, Mazda Motors Corporation menghentikan pengeluaran dua model, termasuk MAZDA2, di…
Berita Global
Subaru secara khusus menangani model tahun model semasa kereta prestasi mereka itu, dengan versi…