Johann Zarco teruja dapat bergandingan dengan Hafizh Syahrin

oleh Afandi Che Muhamad|
Susulan pemilihan Hafizh Syahrin sebagai pelumba kedua bagi pasukan Monster Yamaha Tech 3 menggantikan Jonas Folger semalam, Johann Zarco menzahirkan keterujaan berhubung berita gembira terbabit.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Zarco (gambar) yang juga pelumba utama bagi pasukan berkenaan menyifatkan bahawa pemilihan pelumba digelar El Pescao itu adalah tepat.

"Saya sangat gembira dengannya (Hafizh), saya harap kami dapat bekerjasama bersama-sama dalam menaikkan reputasi dan prestasi semasa pasukan musim ini.

"Pilihan dibuat pasukan adalah tepat kerana dia memiliki skil tunggangan yang hebat selain rendah hati dan tidak pernah jemu untuk belajar bagi menambah baik prestasi sedia ada," katanya.

Tambah Zarco, Hafizh mempunyai potensi yang sangat besar dan dia menjangkakan laluan pemuda tersebut untuk menempa nama dalam saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) lebih terbuka apabila bersama pasukan Monster Yamaha Tech 3.

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Andi Farid Izdihar dari Indonesia yang mewakili Honda Asia-Dream Racing meraih tempat kedua dengan…
Sukan Bermotor
Tinjauan Bernama pada sesi latihan persendirian di Litar Antarabangsa Sepang baru-baru ini…
Berita Domestik
Perkara itu disahkan menerusi hantaran di laman sosial rasmi JDT yang turut memperlihatkan Tunku…