Johor bakal naik taraf jalan guna teknologi 'glow in the dark'

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor akan menyenaraikan dan menilai jalan raya untuk dinaik taraf menggunakan teknologi garisan jalan bercahaya dalam gelap atau glow in the dark, sebelum hujung tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata kerajaan negeri menerusi Belanjawan Johor 2024 memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi menaik taraf garisan jalan menggunakan teknologi pantulan cahaya itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau berkata jalan raya yang terlibat akan menggunakan teknologi baharu tersebut pada tahun depan.

"JKR akan menyenaraikan dan menilai, mana satu jalan yang sesuai untuk digunakan teknologi glow in the dark terutama di kawasan tiada pendawaian atau tidak sesuai ada tiang elektrik, kawasan terlalu gelap, selekoh berbahaya dan jalan yang menghubungkan antara pekan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian dan Penyerahan Projek Jambatan Sungai Masai di Jalan Masai Lama, pada Rabu.

Mohamad Fazli mengulas mengenai pelaksanaan untuk menaik taraf garisan jalan dengan menggunakan teknologi glow in the dark.

Menurutnya, teknologi yang memantulkan cahaya pada garisan pembahagi jalan itu memerlukan kos tinggi untuk dilaksanakan berbanding garisan pembahagi jalan biasa.

"Berbanding garisan pembahagi jalan biasa, kos bagi teknologi glow in the dark ini harga adalah berlipat kali ganda. Tetapi apabila digunakan teknologi ini, mungkin kita tidak perlu lagi menggunakan lampu jalan.

"Peruntukan RM1 juta ini mungkin tidak banyak, tetapi ini adalah permulaan untuk kita mempelbagaikan teknologi seumpama ini di Johor," katanya.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam kejadian jam 1.38 tengah hari, dua beranak itu dikatakan tersepit di tempat duduk penumpang…
Sukan Bermotor
Baginda mengeluarkan kenyataan tersebut melalui akaun peribadi rasmi Instagram baginda @tunku_idris…
Berita Domestik
Ia merupakan sebuah inisiatif yang bertujuan untuk memulihkan minat dalam STEM (Science, Technology…