Jom balik kampung dengan hati senang! Rancang perjalanan anda dengan 5 tips ini

oleh Muhammad Md Tajudin|
Dalam masa beberapa minggu lagi hari raya Aidilfitri bakal menjelma. Selain beribadat di bulan Ramadhan, orang kita biasanya juga bersiap-siap untuk menyambut hari yang suci ini.

Ada yang menghias rumah, menyiapkan pakaian baharu dan untuk mereka yang bakal berjalan jauh dengan kereta, sudahkah anda memastikan ianya selamat dan selesa untuk digunakan?

Dalam keterujaan menyambut hari raya, pastikan kereta yang dipandu selamat dan selesa supaya tidak menggangu mood yang baik.

Jadi apa perlu kita buat bagi memastikan perjalanan yang selamat dan selesa?

Berikut kami kongsikan beberapa tips mudah sebagai persiapan untuk pulang berhari raya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

1. Semak perbatuan dan tarikh servis

 

Volvo digital meter

 

Setiap kereta ada had perbatuan dan tarikh servis. Ada kereta yang perlu diselenggara setiap 5,000 km, 10,000 km atau sehingga 15,000 km berganting kepada saranan pengeluar.

Untuk mereka yang kurang memandu pula sila semak sela masa servis kereta anda. Kebanyakan kereta perlu diservis setiap enam bulan atau dua kali setahun.

Namun ada satu lagi jenis kereta berteknologi tinggi yang memaparkan indikator di meter bahawa kereta perlu diservis.

Tidak kira sama ada anda menyukat menggunakan perbatuan, sela masa atau indikator di meter pastikan ia mempunyai jarak dan masa yang selesa untuk digunakan semasa musim perayaan nanti.

2. Jika sudah hampir dengan masa servis, jangan bertangguh!

 

Proton Ertiga

 

Harus diketahui, minggu-minggu sebelum hari raya adalah tempoh yang sibuk. Oleh itu jika kereta anda sudah menghampiri jarak dan waktu untuk diservis, usah bertangguh lagi dan tempahlah slot dengan segera.

Perancangan ini lebih kritikal jika kereta memerlukan servis major yang memakan masa lebih daripada biasa. Ada yang perlu sehingga setengah hari untuk disiapkan!

 

Shell

 

Jadi tempahlah slot anda dengan segera. Harus tahu sesetengah pusat servis rasmi memerlukan satu minggu untuk mendapatkan slot servis major!

3. Bukan sahaja servis, perkara lain juga perlu diberi perhatian!

 

Proton Ertiga

 

Menjaga kereta bukan sahaja tukar minyak hitam, tukar plug atau perkara lazim lain.

Ambil masa untuk memeriksa keseluruhan kereta anda. Kereta yang berusia memerlukan lebih perhatian.

Perkara yang perlu diperiksa ialah tenaga bateri, bunga tayar, penyerap hentak dan penyaman udara.

Komponen yang disebutkan ini harganya lebih tinggi berbanding alat ganti biasa.

Oleh itu hantar kereta anda untuk diperiksa oleh mereka yang pakar.

Apabila kereta diperiksa awal lebih senang untuk menyediakan bajet yang diperlukan dan lebih penting supaya ia tidak menggangu bajet persiapan hari raya.

4. Rancang perjalanan - Tarikh, masa dan laluan

 

Shell

 

Memandangkan jutaan kereta akan bergerak ke serata destinasi di seluruh negara menjelang 1 Syawal, persediaan awal perlu dibuat segera.

Mereka yang bekerja pastikan anda memohon cuti siap-siap. 1 Syawal tahun ini dijangka jatuh pada Jumaat, 15 Jun 2018.

Rancang hari apa anda hendak bertolak dan pukul berapa. Rancang juga laluan yang hendak diambil serta hentian untuk solat dan mengisi minyak.

 

Shell

 

Setiap tahun pihak pengendali lebuh raya akan menyediakan nasihat atau jadual perjalanan supaya tidak terperangkap dalam kesesakan yang teruk.

Sentiasa ambil maklum tentang jadual perjalanan ini dan rancanglah sebaiknya.

Bukan sahaja untuk perjalanan ke kampung halaman tetapi juga perjalanan pulang semula ke kediaman anda.

5. Servis kereta dengan Shell!

 

Shell

 

Direka dengan inovasi dan teknologi terkini, Shell Helix mampu melindungi komponen enjin anda daripada kehausan melampau akibat geseran, memberi perlindungan berpanjangan ketika beroperasi di dalam suhu yang tinggi, menjadikan komponen enjin lebih bersih, serta memberikan lebih penjimatan bahan api kepada pengguna.

Shell Helix bukan sahaja sesuai digunakan pada enjin-enjin moden, malah sesuai juga digunakan pada enjin yang sudah berusia menerusi produk Helix High Mileage yang menawarkan perlindungan berterusan dan juga prestasi yang tidak kurang hebatnya. 

Jadi, segeralah servis kereta anda di mana-mana bengkel Shell! Jangan ketinggalan juga untuk mendapatkan tawaran istimewa apabila anda servis dengan Shell Helix di bulan Ramadhan ini.

Bagaimana hendak mendapatkan promosi ini?

 

Shell

 

1. Lawati pusat servis yang menawarkan produk Shell dan mengambil bahagian dalam promosi ini. Lihat iklan atau bertanya tentang promosi ganjaran Shell.

2. Hantar SMS ke 67999 dan akan menerima kod khas. Format SMS ialah SH (jarak) nombor kereta (jarak) nama. Contohnya SH BBA 1234 Jingle

3. Tunjuk kod kepada wakil bengkel untuk penukaran minyak hitam

Menerusi promosi Servis dan Menang ini, orang ramai berpeluang untuk memenangi percutian untuk empat orang ke Abu Dhabi Ferrari World & Ferrari World Driving Experience di samping merasai sendiri pengalaman memandu sebuah Ferrari melalui F1 Yas Marina Circuit.

Bukan itu sahaja, pengguna juga berpeluang menikmat pelbagai ganjaran seperti diskaun dan e-baucar Shopee bernilai RM10. Layari www.shell.com.my/helixraya untuk maklumat lanjut.

Selamat memandu dan Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada kami!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kami telah bawa isu ini ke perhatian kerajaan Persekutuan, kami hargai cakna dan keprihatinan…
Berita Domestik
Kajian dan ujian yang dilakukan oleh Shell untuk formulasi terbaharu ini menjamin prestasi yang…
Pelancaran
Ia juga selari dengan aspirasi Shell untuk menjadi perniagaan tenaga sifar emisi menjelang tahun…