Jom ke Volkswagen Fest 2017

oleh DIANA ISMADI|
AION MREC Banner Campaign May 2024

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) buat pertama kalinya akan mengadakan Volkswagen Fest 2017 bermula 11 hingga 13 Ogos 2017 bertempat di Pusat Konvensyen Setia City.

 

Dalam acara yang sama, Volkswagen bakal melancarkan dua model edisi khas iaitu Jetta Allstar dan Beetle edisi merdeka bersempena menyambut kemerdekaan ke 60.

 

Tawaran menarik dari Volkswagen kepada orang ramai dalam Acara Volkswagen Fest 2017;

  • Pandu uji pelbagai model Volkswagen
  • Tawaran menarik seperti servis percuma selama setahun
  • Kadar faedah 0.28 peratus bagi Vento
  • Kadar faedah 0.88 peratus bagi Passat
  • Pakej penyelenggaraan percuma selama lima tahun (model terpilih)
  • Pemeriksaan 20 "point" secara percuma bagi kenderaan Volkswagen

 

Selain itu, Volkswagen turut menyediakan perkhidmatan penilaian secara percuma serta pihak bank bakal membantu dalam proses sewa beli untuk pelanggan.

 

Terdapat pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung seperti perhimpunan kereta klasik Volkswagen Beetle dan Kombi yang disertai oleh pemilik dari seluruh negara. Trak makanan, persembahan muzikal, sesi karaoke, sesi sunset yoga dan zumba juga akan diadakan oleh Fitness First.

 

Festival ini terbuka kepada orang ramai dan masuk adalah percuma. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.volkswagen.com.my/.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  VW menawarkan Golf GTE dan Golf eHybrid dengan teknologi hibrid plug-in generasi kedua yang…
Berita Global
  Buat kali pertama California dilengkapi dua pintu gelangsar yang bukan sahaja memudahkan…
Berita Global
Simbol ‘R’ ini kebanyakkanya telah digunakan pada model Arteon dan T- SUV Roc, Tiguan dan Touareg…