Buktinya, jualan siri N-BOX (N-BOX, N-BOX +, N-BOX Slash) telah pun melepasi angka 2.5 juta unit pada penghujung 2023.
N-BOX dijual sebanyak 231,385 unit pada 2023 dan menduduki tangga pertama jualan kereta baharu (termasuk kereta yang didaftarkan).
Prestasi itu mengulangi penguasaan 2022 dan tahun kesembilan berturut-turut menjuarai carta jualan kei-car.
N-BOX generasi pertama dijual pada Disember 2011 dan prestasi jualan tahunan selepas itu tekal ratusan ribu unit.
Jualan paling rendah dirakamkan pada 2014 berjumlah 179,930 unit. Paling tinggi pada 2019 dengan jumlah 253,500 unit sebelum turun pada 2020 dan 2021.
Prestasi semakin memulih seperti yang boleh dilihat pada 2023 dan dijangka terus cemerlang susulan penjualan generasi ketiga.
N-BOX digerakkan enjin 660cc turbo dan 660cc naturally-aspirated yang dipadan bersama kotak gear CVT dan pacuan dua (FF) atau empat roda (4WD).
Varian asas N-BOX 660 FF dijual pada harga 1,648,900 yen (RM52,399). Varian premium N-BOX CUSTOM Turbo Coordinate Style dua tona berharga 2,362,800 yen (RM75,117).
Selain varian yang dikeluarkan kilang, pengguna di Jepun ditawarkan kit aksesori Honda Access untuk N-BOX mereka.
Prestasi Honda N-BOX sejak 2011:
- Disember 2011: Jualan N-BOX
- Julai 2012: Jualan N-BOX +
- Mac 2014: Jualan cecah 50,000 unit
- Disember 2014: Jualan N-BOX Slash
- Disember 2016: Jualan cecah 1 juta unit
- September 2017: N-BOX generasi kedua dilancar
- Februari 2019: Jualan cecah 1.5 juta unit
- Mei 2021: Jualan cecah 2 juta unit
- Oktober 2023: N-BOX generasi ketiga dilancar
- Disember 2023: Jualan cecah 2.5 juta unit (2,532,580 unit)
Penulis: Muhammad Md Tajudin