JUALAN PROTON MENINGKAT 17.1% PADA BULAN APRIL - 11,025 UNIT TERJUAL

oleh Firdaus Razani|
PROTON baru-baru ini mencatatkan kadar pertumbuhan sebanyak 17.1 peratus berbanding bulan yang sama pada tahun 2023, dengan 11,025 unit (domestik dan eksport) terjual berbanding 9,415 unit pada April tahun lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jualan bagi empat bulan pertama tahun 2024 juga meningkat kepada 50,175 unit, lebih tinggi daripada 49,702 unit yang terjual dari Januari hingga April 2023.

Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) bagi pasaran automotif Malaysia pula juga meningkat kepada anggaran 59,100 unit untuk tempoh yang sama, dengan jumlah kumulatif sebanyak 261,345 unit bagi tahun ini.

 

proton

 

Pegangan pasaran PROTON dianggarkan pada 18.7 peratus pada bulan April, manakala pegangan pasaran dalam tahun ini dijangka pada 19.2 peratus, mengekalkan kedudukan kedua dalam tangga jualan automotive negara.

Proton X50 mendahului semula jualan SUV segmen-B walaupun menghadapi persaingan yang semakin sengit, namun ia mencapai jualan 1,642 unit pada bulan April.

 

proton

 

Sementara itu, Proton S70 telah mendahului jualan sedan segmen-C sejak awal tahun dan berterusan dengan 1,635 unit terjual pada bulan April dan mencapai jualan kumulatif sebanyak 7,463 unit sepanjang 2024.

Manakala model terlaris PROTON, Proton Saga, mencatatkan 5,031 unit pada bulan April dengan jualan meningkat 8.8 peratus kepada 23,278 unit, mengekalkannya sebagai pilihan utama bagi pembeli kereta.

 

proton

 

Bagi model PROTON yang lain, jualan untuk Proton X70 mencapai 552 unit, manakala Proton Persona, dan SUV perdana syarikat, Proton X90, mencatatkan jualan sebanyak 1,429 unit dan 312 unit masing-masing.

Proton Iriz, kenderaan hatchback segmen-B, menambah 424 unit kepada jumlah jualan April, membawa jumlah jualan awal tahun sehingga kini kepada 1,958 unit.

Manakala jualan eksport PROTON telah meningkat sebanyak 38.5 peratus kepada 835 unit berbanding 603 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama tahun lalu dan memainkan peranan penting dalam prestasi syarikat.

Proton Saga telah mendahului jualan eksport dengan 427 unit terjual sejak awal tahun.

Proton X50 pula menduduki tempat kedua dengan 176 unit terjual, manakala Proton S70 merekodkan 89 unit dalam pasaran eksport tunggalnya, Brunei, untuk empat bulan pertama tahun ini.

 

PROTON April 2024 – Prestasi Model secara Individu (termasuk eksport)

proton

 

Berita Berkenaan

Kereta
Setelah empat tahun berlalu, kami di Careta telah meminjam sebuah Proton X70 varian 1.8 TGDI…
Berita Domestik
Pembukaan pusat R&D PROTON (China) di Institut Penyelidikan Automobil Geely (GRI) di Teluk…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…