Kempen recall S-Class 2021, Mercedes mohon maaf kepada pembeli

oleh Mohamad Hanif|
Baharu sahaja dilancarkan pada bulan sembilan tahun lalu, Mercedes-Benz terpaksa memanggil kembali unit S-Class 2021 disebabkan kesilapan pemasangan komponen yang penting untuk pemanduan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan, sesetengah unit Mercedes-Benz S-Class dipasang dengan inner tie rod yang lebih pendek dan didapati tidak mampu untuk bertahan di bawah tekanan yang dihasilkan akibat pemanduan.

Disebabkan itu, ia berisiko untuk mengakibatkan kehilangan kawalan stereng dan meningkatkan risiko kemalangan.

Sebanyak 1,400 unit Mercedes-Benz S-Class terbabit di dalam kempen panggil semula ini, menurut jurucakap Mercedes, dan proses penggantian komponen yang terjejas akan ditanggung sepenuhnya oleh Mercedes-Benz.

Seperti yang dipetik oleh Business Insider, pengeluar jenama premium Jerman itu memohon maaf atas apa yang telah berlaku, dan meminta para pemilik untuk segera membuat temujanji dengan pengedar yang sah untuk proses pembaikan.

Sumber: Business Insider

Berita Berkenaan

Berita Global
Antara model yang terlibat panggilan semula ini adalah 2 Series Active Tourer, X1, X3, X4, X5, X6…
Berita Global
Isu yang sama pernah berlaku menyebabkan panggilan semula pada 2022 untuk model Ridgelines tahun…
Berita Global
Dalam kenyataan itu, Chery menekankan komitmennya untuk memastikan keselamatan pelanggannya dan…