Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, cadangan tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana ia membabitkan implikasi kewangan yang tinggi.
"Kerajaan sentiasa komited dan fokus terhadap sebarang usaha untuk menangani kenaikan harga barang serta mengurangkan kos sara hidup yang ditanggung rakyat.
"Namun kerajaan pada masa ini tidak bercadang mengambil alih mana-mana lebuh raya yang sedang beroperasi kerana memerlukan implikasi kewangan yang sangat tinggi.
"Kerajaan bersedia mempertimbangkan semula cadangan ini sekiranya keadaan kewangan dan fiskal negara mengizinkan kelak," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.
Beliau menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang bertanyakan komitmen kerajaan dalam mengambil alih konsesi lebuh raya dan beransur-ansur mengurangkan kadar tol di seluruh negara bagi meringankan beban rakyat.
Sumber: Berita Harian