Kerajaan Switzerland perkenal nombor plat merah untuk geng basikal

oleh Mohamad Hanif|
Geng-geng basikal di Switzerland kini ditawarkan penggunaan nombor plet khas berwarna merah oleh kerajaan di sana.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penggunaan nombor plat baharu ini sebenarnya ditujukan kepada mereka yang gemar memasang rak basikal di bahagian belakang kenderaan yang mampu menghalang nombor pendaftaran daripada dibaca pihak berkuasa.

Dengan adanya nombor plat merah ini, pemandu tidak lagi perlu membuka dan memasang kembali nombor plat asal pada rak basikal.

Tempahan nombor plat ini boleh dibuat bermula 1 Mac 2022 dan tidak seperti nombor pendaftaran standard, pelanggan tidak dibenarkan untuk mengambil sendiri nombor plat yang sudah siap di pejabatpihak berkuasa tempatan.

Sebaliknya, nombor plat yang telah siap akan dihantar sendiri ke rumah pemohon dengan menggunakan perkhidmatan kurier.

Sumber: Carscoops