Kerajaan tidak rancang mansuh tol buat masa ini - Menteri Kerja Raya

oleh Mohamad Hanif|
Kerajaan persekutuan tidak bercadang untuk mengambil alih syarikat konsesi lebuh raya sedia ada untuk memansuhkan sistem tol.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam jawapan di parlimen menjelaskan, langkah tersebut tidak dapat dilaksanakan pada ketika ini berikutan implikasi kewangan yang tinggi.

Bagaimanapun, Nanta menambah kerajaan akan mempertimbangkan semula cadangan tersebut apabila keadaan kewangan negara mengizinkan.

Terdahulu, MP Padang Besar Rushdan Rusmi bertanyakan strategi pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghapuskan lebuh raya bertol.

“Untuk makluman ahli Yang Berhormat, kerajaan komited dan fokus dalam agenda menangani kenaikan kos sara hidup dan mengurangkan beban rakyat.

“Bagaimanapun, pada ketika ini, kerajaan tidak bercadang untuk mengambil alih syarikat konsesi lebuh raya yang sedang beroperasi memandangkan implikasi kewangan adalah tinggi,” katanya dalam jawapan itu.

Sumber: MalayMail

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tambah beliau, ia melibatkan 10 jenis kenderaan pengangkutan awam dan 23 jenis kenderaan…
Informasi
Kerajaan Madani akan menggunakan kapasiti bateri sebagai kriteria utama untuk menggubal struktur…
Informasi
 “Faham (pertuduhan), tidak bersalah, saya sudah tolong negara banyak lama,” kata Robert Tan.…