Kerajaan UK lulus pembinaan e-highway untuk kegunaan lori komersial

oleh Mohamad Hanif|
Kerajaan UK dilaporkan bersetuju untuk membiayai sejumlah £2 juta (RM11.84 juta) kepada projek pemasangan kabel overhead untuk menyalurkan tenaga elektrik kepada lori dan trak komersial di lebuh raya berdekatan Scunthorpe.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Projek itu merupakan sebahagian daripada kajian untuk mengurangkan kesan pelepasan karbon oleh kenderaan-kenderaan komersial.

 

e-highway


Menurut laporan daripada The Guardian, sistem laluan berelektrik (atau e-highway) itu akan dipasangkan kabel sepanjang 20 km di laluan M180 berdekatan Scunthorpe, Lincolnshire dan ia boleh digunakan sepenuhnya menjelang tahun 2024.

Projek ini dikatakan akan berjalan serentak dengan kajian berasingan bagi menguji keberkesanan penggunaan tenaga hidrogen serta trenkuasa elektrik konvensional.

 

Scania


Laluan ujian berpantograf ini akan menggunakan teknologi daripada syarikat Siemens dengan menggunakan lori berkuasa elektrik Scania, di mana ia mampu menyalurkan kuasa bagi menggerakkan motor elektrik - sama seperti keretapi elektrik.

Dengan adanya sokongan e-highway ini, lori dan trak komersial berkuasa elektrik juga tidak lagi perlu dilengkapi dengan pek bateri berkapasiti yang lebih besar, selain boleh mengurangkan kekerapan berhenti untuk pengecasan disebabkan kebanyakan masa tenaga dibekalkan ketika menggunakan lebuh raya.

 

scania e-highway


Kerajaan UK sebelum ini mengumumkan pelan untuk mengurangkan emisi karbon kepada sifar menjelang 2050, di mana penjualan lori petrol dan diesel akan diharamkan di sana bermula tahun 2040.

Sumber: The Guardian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tambah beliau, ia melibatkan 10 jenis kenderaan pengangkutan awam dan 23 jenis kenderaan…
Informasi
Kerajaan Madani akan menggunakan kapasiti bateri sebagai kriteria utama untuk menggubal struktur…
Informasi
 “Faham (pertuduhan), tidak bersalah, saya sudah tolong negara banyak lama,” kata Robert Tan.…