Kereta elektrik paling popular di dunia

oleh HEZERI SAMSURI|
Setiap negara di dalam dunia ini berbeza dari negara yang lain.

Ini ada kaitan dengan sistem pendidikan, budaya, cuaca dan juga keperluan sosio ekonomi masyarakat di setiap kawasan itu.

AION MREC Banner Campaign May 2024

Laman web comparethemarket.com sering melakukan kajian pasaran untuk menunjukan perbezaan pasaran dan juga kehendak untuk pelbagai negara.

Dengan cara ini, kita boleh mengetahui lebih lanjut pasaran perdagangan di sesebuah negara.

Kali ini, laman web itu membuat satu kajian berkaitan kereta elektrik atau EV.

 

 

Kajian mereka yang meliputi 136 buah neqara itu mendapati lebih dari separuh jumlah itu menjadikan Tesla Model 3 sebagai EV paling sering di cari di dalam pencarian Google. 

Nissan Leaf pula meraih tempat kedua dengan 22 negara dan diikuti oleh Tesla Model S.

 

 

Namun begitu, untuk kajian EV paling dicari di Google untuk setiap bulan pula, Leaf jatuh tempat ketiga di belakang Tesla Model S.

Bagaimanapun, ini bukanlah jumlah kenderaan EV di dalam negara-negara tersebut. Ia adalah jumlah pencarian di dalam Google, yang bermakna itu mungkin EV yang paling popular di cari untuk sumber informasi.

Adakah anda bersedia untuk menggunakan EV?

Untuk pelbagai lagi perbandingan pasaran, lawati laman web comparethemarket.com 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Majoriti lokasi ini menawarkan berbilang pusat pengecasan AC, menjadikannya sesuai untuk mengecas…
Berita Domestik
Umum mengetahui bahawa Perodua sudah menyahut cabaran kerajaan untuk menghasilkan sendiri EV mereka…
Berita Global
Penganalisa percaya jualan bateri 1865 yang menurun ialah punca kenapa Panasonic menurunkan…