Menurut CEO Lamborghini Stephan Winkelmann seperti yang dipetik oleh Automotive News, hampir kesemua unit produksi dalam tempoh 10 bulan sudah pun mempunyai pemilik masing-masing, dan baginya ia merupakan satu pertumbuhan yang cukup kuat buat jenama itu.
Walaupun dunia masih lagi dibelenggu pandemik COVID-19, Lamborghini berjaya menutup tirai tahun 2020 sebagai tahun kedua terbaik yang pernah dicapai walaupun pengeluar itu terpaksa menutup kilang selama dua bulan.
Malah, untuk tempoh suku pertama tahun 2021, penghantaran kenderaan Lamborghini meningkat sebanyak hampir 25 peratus.
Untuk tempoh empat tahun akan datang, Lamborghini melabur sejumlah wang bernilai €1.5 bilion (RM7.46 bilion) untuk elektrifikasi portfolio produk mereka termasuklah Huracan, Aventador dan Urus menjelang 2025.
Model siri produksi hibrid pertama Lamborghini bakal diperkenalkan pada tahun 2023 di mana model ini masih lagi mengutamakan prestasi walaupun ia hadir dengan trenkuasa elektrik hibrid.
Sumber: Automotive News