Kesesakan di CIQ - Johor dan KDN laksana beberapa inisiatif

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kerajaan Johor dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melaksanakan beberapa inisiatif bagi menangani isu kesesakan yang berlaku di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor Bahru serta Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri.


Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata Johor dan kerajaan Persekutuan sentiasa komited dalam memperbaiki serta menambah baik sistem sedia ada, sekali gus mengurangkan kesesakan laluan darat antara Malaysia dan Singapura melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Beliau berkata antara inisiatif baharu yang dibincangkan dari segi isu teknikal di BSI ialah pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) bagi pemantauan kaunter, penggabungan kaunter, ubah suai e-gate, 'Automatic Land Barrier' (ALB), penambahan bumbung di MBike dan penyelenggaraan pendingin hawa.

“Di KSAB pula membabitkan penambahan bumbung di MBike, penambahbaikan bumbung di dewan penumpang, mengkaji semula pemasangan penghadang jalan bagi tujuan penyuraian trafik sebelum sampai ke ‘checkpoint’, penambahbaikan papan tanda arah dan mengkaji keperluan penyediaan bas ulang-alik dari RnR (rehat dan rawat) ke KSAB bagi mengelakkan kenderaan masuk ke laluan bas. 

“Bagi menangani isu sumber manusia di BSI dan KSAB, hasil mesyuarat telah bersetuju untuk mengkaji semula waktu pertukaran syif semasa waktu puncak dan menyelesaikan isu kekurangan staf imigresen,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya pada Selasa.

Menurut beliau selain itu, hasil mesyuarat juga bersetuju untuk menyelesaikan isu pentadbiran seperti tuntutan elaun kerja lebih masa serta menitikberatkan kebajikan staf dengan menambah baik ruang rehat, keselesaan kaunter seperti pendingin hawa dan kerusi.

Hantaran itu turut memaklumkan Onn Hafiz, Ketua Setiausaha KDN Datuk Ruji Ubi dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Zakaria Shaaban berkesempatan meninjau keadaan di BSI, pagi tadi.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri Mohamad Fazli Mohamad Salleh dan Pengarah Jabatan Imigresen Johor Baharuddin Tahir.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut laporan Harian Metro, tertuduh Muhammad Syamsi Irwan Hawalit, 47 tahun didakwa menerima…
Berita Domestik
  Menurutnya, setakat ini, tujuh buah bot jenis Whaly pelbagai saiz dengan nilai RM267,000 telah…
Informasi
  Perkara tersebut dimaklumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, di Dewan Negara.…