Kia PV Concept diperlihatkan, rekaan badan yang boleh ditukar ganti

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu kelebihan yang ada pada kereta elektrik moden ialah platform fleksibel - satu pelantar khusus yang boleh disesuaikan dengan apa jua jenis kenderaan seperti sedan, hatchback, SUV dan juga MPV.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan adanya satu platform yang sangat verstatil, pengeluar tidak lagi perlu berbelanja besar untuk membangunkan dua tiga jenis kenderaan yang berbeza, terutama untuk segmen kenderaan komersial.
 

pV


Bertempat di Consumer Electronics Show (CES) 2024, Kia memperlihatkan penyelesaian yang digelar sebagai Platform Beyond Vehicle (PBV) dengan tiga model berbeza, iaitu PV1, PV5 dan PV7.

Menurut Kia, kesemua model tersebut akan dilengkapi dengan kabin kekal, atau zon pemandu di hadapan, diikuti dengan "Life Module", atau binaan badan belakang yang boleh dibuka dan dipasang semula menggunakan gandingan mekanikal dan titik lekapan elektromagnet.
 

PV


Terdapat empat modul yang bakal ditawarkan, iaitu Basic, Van, High Roof dan Chassis Cab.

Ini bermakna, anda boleh menjadikan sebuah van yang sebelum ini digunakan sebagai kenderaan penghantar barangan menjadi sebuah teksi dengan lebih mudah.

Selain itu, Kia juga akan membangunkan perisian khas bagi membantu pemilik perniagaan untuk menguruskan armada kenderaan dengan lebih cekap.
 

PBVq


Tiada sebarang perincian berkenaan trenkuasa yang bakal dimuatkan pada PV Concept ini.

Namun, menurut Kia model PV7 akan menjadi model yang paling besar di dalam barisan produk PBV dengan jarak gerak yang impresif sementara model PV1 pula lebih sesuai digunakan untuk laluan urban serta lokasi yang sempit.